25 March 2015

Bomba dan Penyelamat 2015

 
Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu 
telah datang ke SK Pasir Panjang pada 24 Mac 2015



Perkhidmatan bomba di Malaysia bermula pada tahun 1883 melalui penubuhan Skuad Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy dan 15 anggota. Pada tahun 1946 sebaik sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Perkhidmatan Bomba Malayan Union (MUS) ditubuhkan dengan Flight Lt. W.J Gerumandi sebagai Pengarah Perkhidmatan Bomba Malayan Union. MUS berpengkalan di Kuala Lumpur.
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan. Justeru, mulai pada saat itu, organisasi ini dikenali secara rasmi sebagai Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia (JPBM)
Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. (sekarang Tun) Mahathir Mohamad dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands. Mulai pada detik itu, jabatan ini dinamakan semula dan dikenali sebagai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sumber: Wikipedia




10 March 2015

MSSDKTS 2015


Kejohanan Olahraga MSSDKTS yang telah berlangsung di SMK Sultan Sulaiman pada 9 hingga 12 Mac 2015. Peserta SK Pasir Panjang  berjaya medapat pingat emas dan pingat gangsa dalam acara lompat berpagar dan pingat emas dalam acara 100m perempuan.

PPKI SK Pasir Panjang

Murid-Murid PPKI SK Pasir Panjang telah menyertai Kejohonan Merentas Desa Pendidikan Khas Daerah Kuala Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu pada 9 Mac 2015. Mereka berjaya mendapat tempat keempat lelaki, tempat kesepuluh perempuan dan tempat pertama perempuan.

09 March 2015

Pelancaran Program Nilam 2015

Majlis Pelancaran Nilam  telah diadakan pada 9 Mac 2015, di Dewan Sekolah dan pelancarannya telah disempurnakan oleh Puan Ros Haya binti Aziz, Guru Besar SK Pasir Panjang.
 
Objektif
Memupuk minat membaca.
Menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemaikan tabiat membaca di kalangan murid sekolah.
Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembacaan yang berkualiti.


05 March 2015

MTQ Peringkat Sekolah 2015



Rasional

Meninggikan syiar Islam serta mengambil pengajaran dari AI-Quran , untuk direalisasikan dalam kehidupan seharian dalam mencari keredhaan Allah S.W.T


Objektif
      Murid dapat membaca dan menghafaz serta memahami isi kandungan AI-Quran dengan betul.
      Murid dapat menyatakan hikmat membaca dan menghafaz AI-Quran dengan betul.
      Murid dapat menghayati dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.



01 March 2015

Watikah Pelantikan Pengawas

Majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.