29 August 2012

RELA


Pemantauan "Omnipresence" yang melibatkan pihak polis dan RELA telah bermula pada 29 Ogos 2012. Mereka akan bertugas pada pukul 7.00 hingga 8.30 pagi dan 4.30 hingga 5.30 petang.

26 August 2012

Majlis Sambutan Hari Raya


Suasana majlis sambutan hari raya di SK Pasir Panjang pada 26 Ogos 2012

Mydin Mall Kuala Terengganu

Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh dan murid-murid SK Pasir Panjang yang menerima bantuan baju raya sedang membeli belah di Mydin Mall pada 9 Ogos 2012.

13 August 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012

Majlis khatam Al-Quran yang berlangsung pada 13 Ogos 2012 telah dirasmikan oleh Encik Maslan bin Mohamad, Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Rasional
Meninggikan syiar Islam dengan cara menghidupkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan

Objektif
Menggalakan murid-murid membaca Al-Quran
Memperkenalkan konsep tadarrus kepada murid-murid
Mengeratkan ukhuwah antara murid-murid yang menyertai tadarrus dan khatam Al-Quran








12 August 2012

Aktiviti Ihya' Ramadhan

Pada perhimpunan minggu ini, 12 Ogos 2012 Ustaz Samsuddin bin Ibrahim telah hadir ke SK Pasir Panjang untuk menyampaikan ceramah sempena bulan Ramadhan. Selain dari ceramah bantuan wang dan beras juga telah diberikan kepada anak-anak yatim.



Pertandingan melukis sempena bulan Ramadhan
Ustaz Samsuddin bin Ibrahim sedang menerima cenderahati daripada Hjh.Endong binti Ngah
Beras yang akan diberikan kepada murid-murid miskin

07 August 2012

Percubaan UPSR 2012




Murid-murid Tahun 6,SK Pasir Panjang sedang menjawab soalan Ujian Percubaan UPSR. Ujian ini bermula pada 7 Ogos hingga 9 Ogos 2012.

02 August 2012

Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR

Encik Isa bin Salleh telah hadir ke SK Pasir Panjang untuk memberi motivasi kecemerlangan UPSR kepada murid-murid Tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Majlis ini telah berlangsung di Dewan SK Pasir Panjang pada 2 Ogos 2012 jam 9.40 pagi.
 
Encik Isa bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Pengurusan Kurikulum Sains dan Matematik