26 April 2012

Kursus HP Multiseat

 Kursus Makmal Komputer HP Multiseat telah diadakan pada 24 hingga 26 April 2012. Kursus ini telah diadakan di Makmal Komputer SK Pasir Panjang. Guru yang terlibat dalam kursus ini telah didedahkan dengan HP Classroom Manager, Dewan Eja Pro 2010 dan EDraw Max V6.0. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Zul Hazlie bin Ngah.

16 April 2012

Jemaah Nazir Sekolah





Pada 16 April 2012, seramai lima orang Jemaah Nazir telah datang ke SK Pasir Panjang. Jemaah Nazir yang datang ialah:

1. Encik Mohd Nayan bin Ibrahim [Jemaah Nazir Sekolah KPM]

2. Tuan Haji Zaabar bin Mohd Zainal [Nazir Sekolah Pemeriksaan Khas LINUS]

3. Encik Mustaffa bin Mohd [Penyelia Matematik JPNT]

4. Encik Mohd Alip bin Awang [Pegawai Khas Kurikulum FasiLINUS PPDHT]

5. Encik Azemon bin Othman [Pegawai Khas Kurikulum FasiLINUS PPDHT]

14 April 2012

Ketua Sekawan 2012

Pada 29 -31 Mac 2012, seramai 12 orang Pengakap SK Pasir Panjang telah mengikuti Kursus Pentauliahan Ketua Sekawan di Telaga Batin Kuala Terengganu.

Perkhemahan Badan Beruniform 2012


Perkhemahan Badan Beruniform telah diadakan pada 12-14 April 2012 dan telah dirasmikan oleh Encik Jaafar bin Ismail Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Sekalung Budi
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Warga SK Pasir Panjang dan orang perseorangan yang terlibat dalam perkhemahan ini.

06 April 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Warna-warna yang terdapat pada logo Hari Guru:


PUTIH
Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

PERAK
Melambangkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.

KUNING
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti terkandung dalam bendera Malaysia.

MERAH
Melambangkan keteguhan semangat.

BIRU
Melambangkan perpaduan dan muhibah.


Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

OBJEKTIF HARI GURU

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Sumber: ppdsegamat.edu.my

04 April 2012

Festival Nasyid 2012

Peserta dari SK Pasir Panjang yang telah menyertai Festival Nasyid Peringkat PKG Bukit Besar yang telah diadakan di SK Pusat Kuala Ibai Kuala Terengganu pada 29 Mac 2012


03 April 2012

Kayangan Bistro



Majlis jamuan pertukaran guru dan sambutan hari jadi telah diadakan di Kayangan Bistro pada 3 April 2012, jam 2.00 petang.Majlis ini adalah anjuran Warga Kelab Guru SK Pasir Panjang.


02 April 2012

Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam


Kadar gaji minimum-maksimum dan kenaikan gaji tahunan

DG41-DG54


Kadar gaji minimum-maksimum dan kenaikan gaji tahunan

DGA29-DGA38

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 bagi kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan Malaysia bagi seluruh perkhidmatan boleh dimuat turun di sini:

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2012/pp012012.pdf