17 September 2013

Hari Kokurikulum SKPP 2013

Hari Kokurikulum adalah satu acara yang diadakan sebagai satu kesinambungan daripada aktiviti mingguan kokurikulum sekolah.Ia berperanan untuk menggalakkan murid aktif dalam bidang kokurikulum disamping itu memberi peluang kepada murid-murid menimba pengalaman dalam aktiviti jual beli.
 
 Antara objektif kokurikulum ialah:

a. Memupuk semangat bersatupadu dalam satu kumpulan sama ada persatuan,kelab atau unit uniform.

b .Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber.

c. Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupukkan sikap disiplin yang tinggi.

d. Memberi peluang kepada murid-murid yang berminat untuk lebih aktif dalam bidang kokurikulum.  

01 September 2013

Awas Denggi

Pada hari Khamis 29 Ogos 2013, satu program Gotong Royong Pencegahan Wabak Denggi telah dilaksanakan membabitkan 50 orang murid tahun 5 SK Pasir Panjang bermula jam 8.30 hingga 10.40 pagi. Progam ini dimulakan dengan taklimat dari Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu yang menyatakan objektif gotong royong ini adalah untuk menghapuskan nyamuk aedes.
Murid-murid yang terlibat dibahagikan kepada 5 kumpulan dan akan bergerak untuk mencari tempat nyamuk aedes membiak di sekitar Kampung Pasir Panjang.
Kumpulan yang paling banyak dapat mengumpul barang-barang terbuang seperti tempurung kelapa, botol atau gelas pecah mengandungi air, tin-tin terbiar tempat nyamuk aedes membiak akan menerima hadiah.