02 March 2014

Program Guru Penyayang

Program Amalan Guru Penyayang merupakan program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah.. Ianya hasil daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan setiap guru mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah. Antara objektif utamanya ialah menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru, menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu-bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Bersempena Program Amalan Guru Penyayang yang dilaksanakan pada bulan Mac tahun ini, SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu telah memilih aktiviti yang berkonsepkan penyayang dan kemesraan ke atas murid. Program dijalankan bertemakan “ Sambutan Hari Jadi”.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di dalam Program Amalan Guru Penyayang di sekolah ini ialah:
 i. Menyambut atau mengalu-alukan kehadiran murid
ii. Sambutan Hari ( memotong kek hari jadi dan pemberian hadiah )
iii. Program Mentor Mentee