31 July 2013

Khatam Al-Quran.

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu pada 31 Julai 2013. Encik Maslan bin Mohamad, Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah dijemput ke majlis ini. Beliau sedang menerima cenderahati dari Puan Hajah Jamilah binti Muda, Guru Besar SK Pasir Panjang.

09 July 2013

Guru Internship IPG KDRI

Pameran Matematik anjuran guru internship 2013 IPG KDRI telah diadakan di SK Pasir Panjang pada 9 Julai 2013. Guru IPG KDRI yang terlibat ialah  Nor Hidayah binti Mohd Yusop, Nor Linna binti  Samian, Nur 'Izzati binti Ibrahim dan Siti Nur Hamizah binti Ismail.

02 July 2013

Majlis Pertukaran Guru

Majlis sambutan hari jadi guru dan pertukaran guru serta kakitangan SK Pasir Panjang telah diadakan pada 1 Julai 2013 pada pukul 1.30 tengah hari.