30 December 2014

Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi

Kelas Pendidikan Khas Intergrasi Sk Pasir Panjang telah dibuka pada tahun 2014 dan bermula pada tahun 2015 akan berpindah ke bilik baru yang telah diubahsuai pada akhir tahun 2014.Kelas ini mempunyai 2 orang guru iaitu Cikgu Rubiah binti Abdullah dan Cikgu Munirah binti Mohamad dan seorang pembantu iaitu Puan Zailani binti Abdullah.Kelas PPKI mempunyai 11 orang murid.

Apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi ?
Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia

Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?
  • Murid bermasalah penglihatan
  • Murid bermasalah pendengaran
  • Murid bermasalah pembelajaran
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua,1982)
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980)

Sumber: http://khasmawatilahuri.wordpress.com/ppki/

29 December 2014

Mesyuarat Guru Kali Ke-1 Sesi 2015

Mesyuarat induk guru-guru dan staff sokongan untuk persediaan persekolah sesi 2015 telah diadakan pada 28 Disember 2014 di bilik Gerakan SK Pasir Panjang.
Semua guru-guru terlibat dalam mesyuarat tersebut.Pelbagai hal yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut iaitu berkaitan Kurikulum,Hal-Elwal Murid dan juga Kokurikulum.
Di samping itu juga mesyuarat ini juga adalah untuk membentangkan perancangan dan juga perjalanan persekolah SK Pasir Panjang bagi sesi 2015.