29 February 2012

Merentas Desa SKPP 2012


Kejohanan Merentas Desa SK Pasir Panjang telah diadakan pada 29 Februari 2012 pada jam 8.00pagi.Setelah pertandingan berakhir berikut adalah kedudukan mata untuk setiap rumah sukan.
Johan keseluruhan jatuh kepada rumah kuning dengan 1124 mata diikuti dengan rumah hijau 1014 mata,biru 801 mata dan merah 799 mata.
Ketua guru rumah kuning Cikgu Safpuan binti Sulong sedang menerima piala pusingan dari Puan Hajah Jamilah binti Muda daripada Guru Besar SK Pasir Panjang.


Pengerusi PIBG SK Pasir Panjang dan Encik Jaafar bin Ismail sedang menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam larian merentas desa.
\

27 February 2012

Kursus e-SPLG


Kursus Sistem Pengurusan Latihan Guru ini diadakan di makmal komputer pada 27 Februari 2012 pada jam 1.30 tengah hari. Kursus ini disampaikan oleh Cg.Azman bin Abdullah.Kursus ini telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan sekolah.


Lawatan Ke SK Sultan Sulaiman 1


Murid-murid SK Pasir Panjang telah melawat ke SK Sultan Sulaiman 1 pada 27 Februari 2012. Mereka yang melawat terdiri ialah murid-murid tahun 6 seramai 122 0rang, guru-guru tahun 6 serta guru besar dan penolong kanan 1.


Guru Besar SK Pasir Panjang dan Penolong Kanan SK Sultan Sulaiman 1 bertukar-tukar cenderahati sempena lawatan tersebut.

26 February 2012

MTQ Peringkat Sekolah 2012






Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah 2012
Tema: Al-Quran Menjana Transformasi Ummah
Tarikh: 26 Februari 2012
Hari: Ahad
Tempat: Dewan Sekolah
Majlis ini dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF

Penyampaian Hadiah Maulidur Rasul 2012


Majlis penyampaian hadiah pada hari perhimpunan pada 26 Februari 2012. Hadiah ini disampaian kepada para peserta yang berjaya dalam pertandingan melukis,kain rentang dan perarakan sempena Maulidur Rasul yang telah berlangsung pada 8 Februari 2012.Hadiah ini telah disampaikan oleh pihak pengurusan kepada murid-murid dan guru-guru kelas yang telah berjaya dalam pertandingan tersebut.


22 February 2012

Karnival Bola Sepak MSSD 2012


Pasukan Bola Sepak SK Pasir Panjang 2012

Sk Pasir Panjang telah mengambil bahagian dengan jayanya dalam Terengganu City Night Games 2012 pada 17 hingga 18 Februari 2012 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu kelolaan Majlis Sukan Negeri Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada peringkat awal SK Pasir Panjang telah berjaya mengalahkan SK Kampung Baru Serada 2-0, SK Kepong 1-0 dan SK Kubang Ikan 3-1.

Dalam pertemuan SK Pasir Panjang dengan SK Durian Burung kedudukan terikat dengan jaringan 1-1 dan akhirnya berkesudahan 3-4 setelah tendangan penalti.

19 February 2012

Kem Jati Diri dan Penyerahan Watikah


Ketua Inspektor Penjara Tuan Yusri bin Abdul Kadir
dan Inspektor Penjara Idrus bin Ibrahim






08 February 2012

Maulidur Rasul SKPPKT 2012

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah
pada hari Rabu, 8 Februari 2012

Penceramah Ustaz Ismail bin Yusof





Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.