17 November 2011

Keputusan UPSR 2011

Analisa Pencapaian Keseluruhan UPSR 2011
Sumber: PPDKT





Pada hari ini 17 November 2011, semua murid yang menduduki peperiksaan UPSR telah menerima keputusan peperiksaan masing-masing. Calon yang mengambil peperiksaan UPSR di SK Pasir Panjang pada tahun ini seramai 127 orang dan seramai 28 orang murid dari sekolah ini telah mendapat 5A.Keputusan ini telah diumunkan oleh Guru Besar di Dewan Sekolah pada pukul 10.30 pagi.
Murid yang mendapat 5A bersama-sama dengan ibubapa.Duduk dihadapan ialah Penolong Kanan, Guru Besar ,Timbalan Pengerusi PIBG dan Ketua Panitia Sains.
Murid SK Pasir Panjang yang mendapat 5A
Murid yang lulus semua mata pelajaran

16 November 2011

Anugerah Kecemerlangan Murid 2011

Encik Ariffin bin Ali
Tokoh Murid Lelaki Ahmad Nur Fahmi bin Nordin
dan Tokoh Murid Perempuan Ainul Hidayah binti Azmi
serta keluarga mereka.

Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah diadakan pada Rabu, 16 November 2011, jam 9.00 pagi.dan telah dirasmikan oleh Encik Ariffin bin Ali dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Hadir sama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Mohd Yusoff bin Awang ,Timbalan Pengerusi PIBG SK Pasir Panjang.


14 November 2011

Kelab Warga SKPP di Primula Beach Hotel

Pada hari ini 14 November 2011, para guru SK Pasir Panjang telah mengadakan jamuan di Primula Beach Hotel. Majlis ini berlangsung pada pukul 2.30 petang.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan pihak sekolah kepada para gurunya yang selama ini terus memberi sokongan terhadap pihak sekolah disamping itu untuk mengeratkan lagi hubungan sesama guru dan pihak PIBG sekolah.
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Tuan Haji Mohd Yusoff bin Awang dan ahli jawatankuasa PIBG SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Majlis tersebut diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada para guru dan ahli jawatankuasa PIBG.


12 November 2011

Pengumuman

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan ParcelE, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 November 2011

SUMBER: myadha.blogspot.com

10 November 2011

Majlis Graduasi




MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH AL-HIDAYAH SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG 2011

telah berlansung di Dewan Sekolah pada 10 November 2011 pada jam 9.30 pagi dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Sabri Alwi

24 October 2011

Kawad Kaki Badan Beruniform

Pengakap SK Pasir Panjang telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform pada 8 Oktober 2011 di SM Teknik, Kuala Terengganu.

23 October 2011

Bulan Bahasa Kebangsaan






Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa kebangsaan.

Matlamat Program
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tunggak pembinaan negara bangsa.




19 October 2011

PERMAI INN, Kuala Terengganu

Pn.Jamilah binti Muda
Guru Besar SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu,
sedang meyampaikan cenderahati kepada murid tahun 6

Jamuan akhir tahun murid tahun 6 telah diadakan di Permai Inn pada 19 Oktober 2011, jam 2.30 petang. Tujuan majlis ini diadakan kerana menghargai mereka sepanjang belajar di sekolah ini.
Semoga majlis perpisahan ini akan menjadi kenangan kepada semua murid tahun 6 selepas ini walaupun dimana mereka berada selepas meninggalkan SK Pasir Panjang.

18 October 2011

AADK Daerah Kuala Terengganu


Pada hari ini 18 Oktober 2011 dua orang pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu iaitu En. Kerudin bin Idris dan En.Kamarudin bin Yusof telah datang ke SK Pasir Panjang untuk memberi penerangan mengenai masalah penyalahgunaan dadah.

15 October 2011

Telaga Batin Waja Diri 2011

Encik Shafie bin Jusoh
Penyelia Pendidikan Swasta/Khas PPDKT


Perkhemahan adalah satu proses pengembangan kepimpinan terlatih sebagai duta kecil dalam realiti kehidupan sebenar Segala-galanya dipupuk dan disemai berteraskan ilmu dan wadah nilai murni sosial budaya.

Rasional Program Perkehemahan

Memperlengkapkan aktiviti Kokurikulum dengan perkhemahan tahunan adalah sesuatu yang mutlak. Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pelajar bukan sahaja berfokuskan kepada sosial budaya malah tanggungjawabnya adalah meliputi ke arah perubahan kesedaran diri yang berterusan melalui program-program perkhemahan. Oleh itu para peserta perkhemahan perlu dilatih berhadapan dengan sebilangan besar realiti. Keyakinan mengendalikan sesuatu tugasan adalah sangat penting bagi melicinkan perjalanan peraturan sekolah dan ia benar-benar memberi hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif

1.Mengembangkan bakat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar-pelajar.

2.Menyedarkan peserta perkhemahan tentang pentingnya tugas pengawasan kepada perubahan kesedaran murid yang mendorong kepada kejayaan mereka dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

3.Meningkatkan kerjasama di kalangan pelajar dalam satu-satu organisasi.

4.Menyediakan pelapis masa depan negara yang gemilang dan terbilang.

5.Sebagai pendorong atau penyuntik semangat pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum.

Matlamat Perkhemahan

1.Memperbaiki imej diri kepada lebih positif

2.Mengajar pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan

3.Mengajar mencari dan memupuk sumber dalaman

4.Mempertingkatkan keupayaan membuat keputusan

5.Membantu perkembangan bakat yang tersembunyi sekaligus untuk dikembangkan.