23 June 2013

Kawad Kaki Peringkat Negeri Terengganu

Pasukan pengakap SK Pasir Panjang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kawad kaki pasukan Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Terengganu yang telah diadakan pada 19 Jun 2013.
Penolong Kanan KoKurikulum menyerahkan piala kepada Guru Besar Puan Hajah Jamilah binti Muda dalam majlis perhimpuanan pada 23 Jun 2013.

21 June 2013

Isra' Mi'raj

Sambutan Isra' Mi'raj telah diadakan di Dewan SK Pasir Panjang pada 20 Jun 2013. Murid-murid telah berkumpul di dewan pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan selepas itu ceramah Isra' Mi'raj disampaikan oleh Ustaz Samsuddin bin Ibrahim.

19 June 2013

Hari Puteri KTS 2013

Hari Puteri KTS 2013,telah diadakan di SMK Padang Negara pada 18 Jun 2013. Acara yang dipertandingkan ialah memasak berasaskan gandum, gubahan dan jahitan. Murid-murid dari SK Pasir Panjang juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

16 June 2013

Kawad Kaki Peringkat Daerah Kuala Terengganu

Pasukan Pengakap yang telah mendapat tempat yang pertama bahagian lelaki
 Pasukan Puteri Tunas yang telah mendapat tempat yang kedua bahagian perempuan

Bank Muamalat

Waadieyah binti A.Razak yang berjaya menerima hadiah RM200.00 dalam pertandingan mewarna.

Perhimpunan Mingguan 16 Jun

Peserta yang berjaya dalam ujian PKJR yang telah diadakan pada 12 Jun 2013 di SK Pasir Panjang.
 Peserta pertandingan bercerita Nor Tasnim Razali yang telah mendapat tempat yang ketiga.
Pasukan kawad kaki lelaki yang telah yang berjaya mendapat tempat pertama dan pasukan kawad kaki perempuan yang mendapat tempat yang kedua dalam pertandingan kawad kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan.