18 May 2011

Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah KTS 2011

Hakim pertandingan bercerita Tahap 1 dan 2 Sekolah Rendah Kuala Terengganu Selatan ialah:
1.En.Baharin bin Ismail-SK Mengabang Telipot
2.Tn.Hj.Fauzi bin Abdullah-SK Kompleks Seberang Takir
3.Pn.Norizan binti Kasim-SK Kompleks Seberang Takir
4.Pn.Hjh.Roslina binti Ambak-SK Mengabang Telipot
5.Pn.Salwa binti Abdul Rahman-SK Gong Badak
6.Pn.Hjh.Aini binti Hassan-SK Tok Jiring

Pertandingan bercerita dalam Bahasa Melayu adalah untuk murid-murid sekolah rendah merupakan anjuran bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran diperingkat kebangsaan,Perpustakaan Negara dan Bahagian Teknologi Pelajaran turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Dalam pertandingan bercerita Nur Liyana binti Manan berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori Tahap 1 dan Zulyza Syafiqah binti Zulkaflee mendapat tempat pertama dalam kategori Tahap 2. Mereka adalah peserta dari SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Objektif:
Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.
Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan dan karya tradisional.
Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dikalangan murid.
Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Melayu.

16 May 2011

Hari Guru SKPP 2011


Aturcara Majlis
7.45 pagi : Berkumpul di Dataran Perhimpunan
Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Doa
Menyanyikan Lagu
Negaraku
Selamat Sultan
Lagu Sekolah
Membaca Perutusan
Ucapan Ketua Murid
Ucapan Guru Besar
Ucapan Pengerusi PIBG
Persembahan Murid
9.00 pagi : Rehat
9.30 pagi : Aktiviti Permainan
12.15 tgh : Jamuan Guru


12 May 2011

Program Pemuafakatan Ibubapa Murid UPSR 2011


Tuan Hj. Shuahami bin Endut
[Kaunselor Pentadbir PPD Kuala Terengganu]

Tarikh: 12 Mei 2011[KHAMIS]
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan SKPP

TENTATIF PROGRAM
9.00 pagi:
Pendaftaran
9.30 pagi:
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan Guru Besar
Ucapan Tuan Hj. Shuahami bin Endut
[Kaunselor Pentadbir PPD Kuala Terengganu]
12.00 tengah hari: Bersurai





11 May 2011

Laporan Aktiviti Kokurikulum 2011



Majlis Ibubapa dan Guru Pelajar Harapan



Pertemuan adalah suatu proses pengembangan pemikiran dan tingkahlaku realiti kehidupan sebenar. Segala-galannya dipupuk dan disemai berteraskan ilmu dan wadah nilai murni sosial budaya.

Matlamatnya:
Memperbaiki imej diri pelajar kepada lebih positif.
Memupuk semangat untuk terus membantu perkembangan diri pelajar.
Membantu perkembangan bakat yang tersembunyi sekaligus untuk dikembangankan.

Penceramah majlis Permaufakatan Ibubapa dan Guru Murid Harapan ialah Encik Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh, Penolong Pengarah Operasi Bahasa Arab JPNT. Majlis ini berlangsung pada 11 Mei 2011 di Dewan SKPP, jam 10.45 pagi.

10 May 2011

Majlis Pertukaran Guru dan Kakitangan

YM Syed Ibrahim
Puan Sabariah
Penerima Hadiah Sambutan Harijadi

Majlis pertukaran guru dan kakitangan sekolah serta penyampaian hadiah sambutan harijadi telah berlangsung di Chilada pada 10 Mei 2011 pada pukul 2.00 petang. Majlis diadakan kerana meraikan YM Syed Ibrahim Halmi bin Syed Mohamad yang telah bertukar ke SK Seri Budiman 2, Puan Sabariah binti Abd Rani yang bertukar ke SMK Tengku Bariah dan seorang guru Kafa iaitu Puan Zubaidah.

09 May 2011

Motivasi Diri Murid UPSR 2011




Tarikh: 9 Mei 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: Dewan SKPP
Penceramah: En. Ahmad Burhan Sidqi bin A. Rahim dari UNISZA, Cik Iwana binti Mokhtar dari IKIP College dan En. Wan Mohd Suhaery bin Wan Ismail dari TATIUC

Keahlian Perpustakaan


Pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu telah datang ke sekolah pada 9 Mei 2011.Tujuannya ialah untuk mendaftar murid-murid yang berminat untuk menjadi ahli. Pendaftaran keahlian ini dijalankan di Perpustakaan SKPPKT.Jika menjadi ahli kad boleh digunakan untuk meminjam buku di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.