07 November 2012

Keputusan UPSR

KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
 
 
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Sumber: USR

06 November 2012

Kejohanan Catur

Kejohanan Catur Karnival, 1M 1S 1M Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan telah diadakan pada 4 November 2012 di SK Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.
SK Pasir Panjang telah menghantar 4 orang peserta iaitu Norshafika Sajidah binti Zulkifle, Nur Aisya Amni binti Mahadi, Muhamad Firdaus bin Faizalzully dan Ahmad Syarif bin Ahmad Shukri.
Dalam pertandingan ini Norshafika Sajidah binti Zulkifle telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan catur bawah 11 tahun.

03 November 2012

Frog VLE

Ahmad Farhan Ikram bin Ahmad Pazri,Wan Mohammad  Najmuddin bin Wan Mohd Ridhwan,Siti Najihah binti Mohd Fauzi dan Waadieyah binti A Razak ialah murid dari SK Pasir Panjang yang terlibat dengan kursus Frog VLE. Kursus ini diadakan di SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu pada 3 November 2012 pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

01 November 2012

YIM Kids Invent Terengganu

Muhammad Farith Izwan bin Muhammad Sobri, murid tahun 6 Amanah dari SK Pasir panjang, Kuala Terengganu yang akan menyertai bengkel "Yayasan Inovasi Malaysia 2012 Kids Invent Finale" yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pada 4 hingga 6 November 2012 di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Anugerah peserta terbaik "YIM Kids Invent Terengganu" sempena World Innovation Forum KL 2012.

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

Encik Muhamad Zamri bin Yusof
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah 
Pengurusan Kurikulum Bahasa Melayu
Tokoh murid lelaki dan perempuan tahun 2012 
Muhammad Armin Murshid bin Abdullah dan Nurul Syahida binti Mazlan