30 June 2011

Karnival Prasekolah 2011



Perasmian dan Penutup oleh
Yang Berbahagia Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh
Pegawai Pembangunan DUN Ladang
Tarikh : 30 Jun 2011
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : SK. Pasir Panjang, Kuala Terengganu
PENYERTAAN
Prasekolah Al-Hidayah SK Pasir Panjang
Prasekolah SK Padang Hiliran
Prasekolah SK Seri Budiman
Prasekolah SK Pusat Bukit Besar
Prasekolah SK Durian Burung
Prasekolah Tadika Perpaduan Pasir Panjang


OBJEKTIF
Mendedahkan murid berkenaan karnival sukaneka.
Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid seperti kerjasama, patuhi arahan dan undang-undang dan yakin kepada diri sendiri.
Memberi peluang kepada murid supaya dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.
Memberi ruang seimbang kepada murid antara pembelajaran dan permainan (kurikulum dan kokurikulum).
Mengembangkan ilmu dan pengalaman guru-guru dalam menganjurkan karnival sukaneka dalam bidang pengurusan dan kehakiman.
Mengeratkan kerjasama dan perpaduan antara sekolah dengan sekolah berdekatan serta agensi-agensi terlibat.
RASIONAL
Sebagai usaha kearah mempelbagaikan aktiviti sukan dalam kejohanan diperingkat sekolah.
Murid dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan fizikal dan mental yang bakal dipertandingkan dalam Karnival Prasekolah.
Unit kokurikulum dapat membuat penilaian untuk melihat kekuatan dan kelemahan Karnival Prasekolah kali pertama yang dijalankan.

23 June 2011

Tokoh PIBG Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2011


Pada 23 Jun 2011, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di SMK Dato' Razali Ismail.

Dalam majlis ini, Tuan Haji Ismail bin Mohamad telah menerima Anugerah Tokoh PIBG Peringkat Daerah Kuala Terengganu.
Beliau ialah Pengerusi PIBG SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Dilahirkan pada 6 Disember 1947 yang lalu di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.Dalam usia 64 tahun kini,beliau telah menjadi seorang pesara.Meskipun telah bersara, benarlah ramai orang berkata, usia bukanlah penghalang dalam meneruskan amal bakti.

Tuan Haji Ismail bin Mohamad itulah yang dimaksudkan.Beliau yang masih setia dengan tugas dan tanggunjawab bermula sejak 1979 hinggalah kini yang mana sudah 32 tahun, beliau menjadi Pengerusi PIBG SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Dengan kesantunan budi dan karisma yang ada padanya,maka tidak hairanlah beliau sangat dihormati oleh pihak sekolah,ibu bapa dan komuniti. Selain itu,sifat mudah mesra dan buah fikiran yang bernas sentiasa disalurkan melalui pertemuan demi pertemuan dengan pihak sekolah.Baginya,anak-anak adalah merupakan aset penting kerana merekalah generasi pembina bangsa dan negara akan datang. Justeru,anak-anak ini semestinya dibantu dengan memberikan keutamaan dan keselesaan dalam proses pembelajaran.

Disebabkan beliau seorang yang senang didekati dan mudah berkira,beliau sering kali menerima pelawaan untuk mengikuti program-program anjuran sekolah dan juga aktivit-aktiviti masyarakat setempat dan JKKK. Antara aktiviti-aktiviti itu adalah seperti gema kalamullah,dikir barat,sukan,keagamaan,kesihatan,aktiviti bersama rakyat dan banyak lagi. Situasi ini benar benar membuatkan sesiapa sahaja akan senang bekerja dan berpasukan dengannya.

Sepanjang penglibatan beliau dalam PIBG SK Pasir Panjang, telah banyak sumbangan yang telah dihulurkan antaranya,menerusi usaha dan penat lelahnya maka terlaksanaya bangunan baru yang mana pada asalnya hanyalah kayu sahaja.Sering itu juga, terbinanya kantin dan surau sekolah.Selain itu,beliau tidak pernah berkira tetapi sentiasa bersedia meghulurlkan sumbangan untuk sekolah tercinta SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu di samping berikhtiar untuk mendapat bantuan daripada NGO yang lain dalam menjana kemajuan sekolah ini.

Jadi, berdasarkan budi dan jasa beliau yang tidak terkira itu, maka tidak hairanlah beliau menerima Anugerah Tokoh Pengerusi PIBG, sambutan Hari Guru Daerah Kuala Terengganu 2011.

20 June 2011

Hari Puteri Peringkat KTS dan Negeri Terengganu 2011

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang telah menyertai Pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan dan Hari Puteri Peringkat Negeri Terengganu.

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang telah menjadi Johan dalam pertandingan gubahan berasaskan coklat dan gula-gula. Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan seni khat pada Hari Puteri Peringkat Daerah Kuala Terengganu Selatan yang berlangsung di SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu pada 14 Jun 2011.

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang juga telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan gubahan berasaskan coklat bagi Hari Puteri Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di SMK Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu pada 18 Jun 2011.