24 August 2011

Khatam al-Quran


Encik Mat Saleh bin Said
Pegawai Khas Maklumat dan ICT
PPD Kuala Terengganu

Muqaddimah

Tadarus dalam bulan Ramadhan adalah ibadat sunat yang sangat dituntut. Disebabkan hakikat inilah maka Panitia Agama Islam SKPP telah melaksanakan program tadarrus Al-Quran sepanjang bulan tiga minggu pertama bulan yang mulia ini. Bagi melengkapkan program satu lagi majlis iaitu Khatam Al-Quran diadakan bagi menghargai murid-murid yang telah menyertai tadarrus tersebut.

Objektif

1.Menggalakkan murid-murid membaca Al-Quran.

2.Memperkenalkan konsep tadarrus kepada murid-murid.

3.Mengeratkan ukhuwah antara murid- murid yang menyertai tadarrus dan khatam Al-Quran.

Rasional

Meninggikan syiar Islam dengan cara menghidupkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan.

Penutup

Adalah diharapkan program Khatam Al-Quran ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua murid yang terlibat. Murid-murid dapat menghayati tadarrus Al-Quran dan majlis khatam Al-Quran. Dengan sebab itu mereka akan menjalani hidup dengan cara Islam yang berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Semoga program ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah swt.

21 August 2011

Ust.Samsuddin bin Ibrahim, telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Ihya’Ramadhan di SK Pasir Panjang pada 21 Ogos 2011. Semua guru dan murid telah hadir untuk mendengar ceramah tersebut.

Ceramah ini bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi di tapak perhimpunan.