28 August 2013

Koir Sekolah

Koir SK Pasir Panjang yang menyertai Pertandingan Koir Program Pendidikan Kebersihan Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang telah diadakan di SK Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu pada 25 Ogos 2013. Dalam pertandingan ini Koir SK Pasir Panjang dan Koir Pra Sekolah SK Pasir Panjang telah berjaya mendapat tempat ketiga.

27 August 2013

Taklimat LINUS

Taklimat LINUS dan ceramah motivasi untuk ibu bapa murid Linus telah diadakan pada 26 Ogos 2013 di Bilik Mesyuarat SK Pasir Panjang. Puan Norlaila binti Kuslan dari IAB dan Puan Rosmani binti Mustafar dari PPDKT juga turut serta dalam majlis ini.