21 May 2013

Bomba dan Penyelamat


Demonstrasi Keselamatan Kebakaran dengan kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu di SK Pasir Panjang pada 21 Mei 2012.

16 May 2013

Sambutan Hari Guru 2013

 Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan
 pada 16 Mei 2013. 

09 May 2013

Tema Hari Guru 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

08 May 2013

Edmodo

Kursus LADAP kali ke-3, di makmal komputer dan penceramahnya ialah Puan Yusnita binti Md Yunus dari SK Gong Kapas, Kuala Terengganu.
Pembentangannya berkaitan dengan penggunaan EDMODO dalam proses pengajaran dan pembelajaran.