27 July 2011

Latihan Kebakaran


Bomba SKPP sedang memadam kebakaran

Latihan kebakaran di SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu bermula pada jam 9.00 pagi pada 27 Julai 2011. Pegawai bomba yang telah terlibat ialah Encik Faizal, Ab.Talib dan M.Samsu dari Balai Bomba Kuala Terengganu.

Objektif :

1. Murid dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran .

2. Murid dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.

3. Murid dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran.

Aktiviti :

1. Guru membunyikan loceng amaran kebakaran

2. Murid keluar dari kelas masing-masing secara teratur tetapi pantas mengikut laluan yang telah ditetapkan.

3. Murid berkumpul di luar bangunan sekolah, iaitu di depan sekolah.

4. Guru menerangkan tujuan latihan kabakaran kepada murid.

5. Murid balik ke kelas masing-masing.

Pegawai Bomba Encik Faizal, Ab.Talib dan M.Samsu


video

26 July 2011

Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Sahsiah

Cikgu Mohd Nooh bin Jusoh
[SK Pusat Kuala Ibai, Kuala Terengganu]
"Pembentukan dan Pemantapan Sahsiah Terpuji Memupuk Generasi Cemerlang"
Cikgu Hjh. Norma binti Hamzah
[SK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu]
"Kepimpinan Unggul Membawa Kesejahteraan Hidup"

Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Sahsiah Generasi Cemerlang pada 26 Julai 2011 anjuran Badan Beruniform SK Pasir Panjang melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Program ini bermula dari pukul 11.00pagi hingga 4.00 petang.

Setiap manusia dilahirkan mempunyai potensi tersendiri. Ianya perlu dicungkil dan digembleng agar kebolehan dan keupayaan dapat dijanakan demi kepentingan pembangunan negara. Kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kepentingan sahsiah sebagai seorang pelajar malah berperanan memupuk potensi pelajar untuk menjadi pemimpin yang cemerlang. Justeru itu program ini dirangka agar pelajar berupaya membentuk potensi kendiri yang unggul dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani bagi mencapai Wawasan dan Misi Pendidikan Negara.

Objektif
1. Melahiran murid yang boleh memuhasabah diri,menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan agama.
2. Membentuk jatidiri dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.
3. Menimbulkan keinginan murid untuk meningkatkan diri dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah.
4. Murid mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya dan ahli masyarakat amnya.

18 July 2011

Kawad Kaki Daerah Kuala Terengganu Selatan

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang telah menyertai Pertandingan kawad kaki Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Kuala Terengganu Selatan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Kuala Terengganu. Pertandingan ini berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2011.

Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan kawad kaki peringkat Sekolah Rendah Daerah Kuala Terengganu Selatan.

video

02 July 2011

Larian Serentak 1M1S







Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat.