06 August 2014

Majlis Persaraan Guru Besar

Biodata Tuan Haji Muslan bin Muslim
Dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 4 Ogos 1954. Tuan Haji Muslan bin Muslim adalah seorang guru besar yang tegas dan agak garang. Walaupun begitu beliau seorang yang peramah dan suka bergurau.
Alam persekolahannya bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Tengah sehingga tamat tahun 6. Kemudian beliau menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Yong Peng sehingga ke tingkatan 3 dan Sekolah Menengah Dato Bentara Luar Batu Pahat pada tahun 1971 hingga ke tingkatan 5.
Memasuki Maktab Perguruan Persekutuan , Pulau Pinang pada tahun 1973 hingga 1974 untuk mendapat Sijil Perguruan Asas. Pada tahun 1997 hingga tahun 1998 beliau memasuki Institiut Perguruan Sultan Idris dan memperolehi Sijil Perguruan Khas dan Institiut Aminuddin Baki pada tahun 2000 hingga 2001.
Tuan Haji Muslan memulakan tugas sebagai seorang guru penolong dan kemudian dilantik sebagai penyelia petang. Pada tahun 1975 hingga 1990 beliau dilantik menjadi Guru Penolong Kanan di SMK Ibrahim Fikri, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Seterusnya beliau dilantik sebagai guru besar di beberapa buah sekolah rendah bermula dengan SK Bukit Guntong pada tahun 1990 hingga 1994, kemudian di SK Lubuk Teras Setiu, SK Paloh, Kuala Terengganu, SK Seri Budiman 2, SK Mengabang Telipot, SK Bukit Wan dan akhir sekali  di SK Pasir Panjang pada tahun 2013 dan akan bersara pada hari ini 3 Ogos 2014.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak 2 kali pada tahun 1997 dan 2001. Beliau juga telah banyak menempa kejayaan sebagai seorang guru besar, diantaranya telah berjaya mendapat tempat kedua, Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan, tempat ketiga Kebersihan 3K Peringkat Kebangsaan dan Qualiti Mental Pelajar Peringkat Kebangsaan.
Sebagai seorang yang telah lama berkhidmat tentulah banyak pengalaman yang manis dan pahit telah ditempuhi. Semuanya itu menjadi kenangan yang tak mungkin dapat diraih kembali dan tersimpan kukuh di kotak memori.

03 August 2014

Sambutan Hari Raya SK Pasir Panjang 2014

Pada 3 Ogos 2014 telah diadakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah