30 September 2012

Karnival Sukan Balapan dan Padang 2012

Encik Che Mohd Ruzli bin Ghazali
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah[Kurikulum Kemanusiaan]Kuala Terengganu telah merasmikan karnival sukan balapan dan padang SK Pasir Panjang Kuala Terengganu pada 27 September 2012.

23 September 2012

Lawatan Murid UPSR

Lawatan murid UPSR ke Kuala Lumpur, Melaka dan Cameron Highlands pada 20 September 2012.

22 September 2012

Karnival Kokurikulum

Karnival kokurikulum di SK Pasir Panjang telah diadakan pada 22 September 2012. Pihak yang mengambil bahagian dalam karnival ini adalah Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan Pelajar Program Pendidikan Intergrasi[PPKI] SMK Bukit Besar Kuala Terengganu.

Karnival kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Encik Maslan bin Mohamad, Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Objektif
1.Memberi latihan serta pengalaman kepada warga sekolah.
2.Mengeratkan silaturrahim antara warga SKPP dengan masyarakat setempat.
3.Melahirkan modal insan yang berketerampilan dan budaya saing di dalam globalisasi tanpa sempadan.
4.Memberi kesedaran kepada warga SKPP betapa penting memenuhi masa dengan perkara yang berfaedah.

 Pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi[PPKI] SMK Bukit Besar Kuala Terengganu

18 September 2012

Ikrar Semasa Perhimpunan

Program Sedetik Habitat 1Malaysia dan Program Bank Kitar Semula telah dilancarkan di SK Pasir Panjang pada 18 September 2012 pada jam 8.00 pagi.

17 September 2012

Koir SK Pasir Panjang


Pertandingan koir di SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu pada 17 September 2012. Koir SK Pasir Panjang telah berjaya mendapat tempat yang ketiga dalam pertandingan tersebut.