27 April 2011

Program Bahasa Inggeris

Pertandingan Bahasa Inggeris sempena"English Week 2011" telah diadakan pada 27 April 2011, jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Matlamatnya adalah untuk memperkasakan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan murid-murid sekolah.

Objektifnya ialah untuk:
Memupuk rasa cinta terhadap penggunaan Bahasa Inggeris.
Mempraktikkan Bahasa Inggeris dalam perbualan harian.
Menerapkan kegiatan seni di dalam penggunaan Bahasa Inggeris.
Memupuk keyakinan diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris dikhalayak ramai.



25 April 2011

Pengurusan Sekolah

Puan Ros Haya binti Aziz
Guru Besar mula bertugas Oktober 2014
 
Tuan Haji Muslan bin Muslim 
Guru Besar mula bertugas 15 Disember 2013
Puan Jamilah binti Muda
Guru Besar (Telah Bersara)
Puan Halijah binti Muda
Penolong Kanan Kurikulum (Telah Bersara)
Robiah binti Jusoh
Penolong Kanan Kurikulum
telah bertugas di SK Pasir Panjang pada 16 Mei 2014
Encik Mohad bin Salim
Penolong Kanan HEM
Hajah Endong binti Ngah
Penolong Kanan Kokurikulum
telah bertukar ke SK Tengku Ampuan Meriam sebagai PK HEM

Encik Mohd Nor bin Shamsuddin
Penolong Kanan Kokurikulum
telah bertugas di SK Pasir Panjang pada 17 Julai 2014


23 April 2011

Visi dan Misi



VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti 
Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan 
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan 
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTTO SEKOLAH
BELAJAR DAN BERBAKTI

Sejarah Sekolah






Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Kuala Terengganu telah dibuka pada tahun 1939.Wujudnya sekolah ini adalah atas usaha gigih orang-orang kampung bersama-sama penghulunya Tuan Haji Ahmad bin Hitam yang telah memohon dan mendesak pihak kerajaan mengadakan sebuah sekolah tempat kanak-kanak di sekitar kawasan Pasir Panjang ini belajar.

Sekolah ini terletak dalam kawasan seluas 4.406 ekar.Pada mulanya sebuah bangsal didirikan dan disumbang oleh seorang pemborong tempatan iaitu Encik Wan Salleh bin Ahmad.

Bangunan tempat belajar bertambah dari masa ke semasa mengikut perkembangan murid.
Pada akhir tahun 1968 sekolah mempunyai 4 buah bangunan separuh kekal sebagai tempat belajar berukuran sebagaimana berikut:

i. 120 kaki x 22 kaki
ii. 60 kaki x 22 kaki
iii. 47 kaki x 20 kaki
iv. 48 kaki x 20 kaki

Pada tahun 1969, bangunan iii dan iv telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan lain yang juga bangunan separuh kekal berukuran 300 x 24 kaki.Bangunan ini mempunyai 9 buah bilik darjah dan sebuah bilik guru.

Pada tahun 1980, sebuah bangunan kekal 2 tingkat berukuran 190 x 24 kaki dibangunkan.Bangunan ini mempunyai 6 buah bilik darjah, perpustakaan sekolah, bilik pusat sumber sekolah,ruang pejabat dan bilik Guru Besar.

Pada tahun 1990, sebuah lagi bangunan separuh kekal dibina bagi menampung pertambahan murid yang mendadak dengan bangunan berukuran 22 x 146 kaki dan mempunyai 4 buah bilik darjah.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1939, hanya murid lelaki sahaja yang belajar di sekolah ini dengan keramaiannya 20 orang.Keramaiannya meningkat dari masa ke semasa, dengan peningkatan kepada 40 orang selepas beberapa bulan dibuka.Pada tahun 1946, barulah sekolah ini mula menerima murid perempuan,menjadikannya sebagai sebuah sekolah bercampur.Pada tahun 1954, pentadbiran sekolah ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang (Lelaki) dimana Guru Besarnya ialah Encik Muhammad bin Hassan dan Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang (Perempuan) pula Guru Besarnya ialah Cik Emi Shamsiah binti Abd.Hamid.Tetapi selepas berjalan selama 7 tahun kedua-dua sekolah ini telah disatukan semula di bawah pentadbiran seorang Guru Besar.Penyatuan ini adalah atas nasihat Lembaga Jemaah Pengurus Sekolah dalam mesyuaratnya pada 15.02.1961.

Semenjak dibuka juga, ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.

Kata Aluan




 
ROS HAYA BINTI AZIZ
Guru Besar SKPP

KATA ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi diberi peluang untuk menjalankan kehidupan seharian di atas muka bumi Allah S.W.T dan dengan izinNya dapat kita meneruskan tanggungjawab kita sebagai khalifahnya’.

Sebelum melangkah lebih jauh lagi , ingin saya merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik SK Pasir Panjang atas kerjasama untuk menjayakan  dan menyempurnakan Buku Perancangan Tahunan Dan Takwim Aktiviti Sekolah bagi sesi persekolahan 2015 kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan buku ini.

Saya berharap buku ini dijadikan panduan dan rujukan warga SK Pasir Panjang dalam melaksanakan tadbir urus sekolah, tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Saya yakin semangat sepasukan, amanah dan ikhlas menjadi tunjang bagi menjana kecemerlangan  sekolah.

Sekali lagi , saya menyeru kepada semua warga pendidik  agar melestarikan kecemerlangan pendidikan yang telah dicapai dan terus berjuang serta berkorban bagi mencipta pelbagai kejayaan pada tahun 2015 dan di masa depan untuk agama, bangsa dan Negara.

Mantapkanlah permuafakatan, perpaduan, iklim kerja pendidikan dan akur setia kepada kepimpinan pendidikan Negara. Marilah kita mengangkat tinggi kecemerlangan akademik,
kokurikulum,pembangunan sahsiah dan kesejahteraan diri pelajar serta kemenjadian insan untuk kita terus menggapai kejayaan yang mampu melonjakkan nama sekolah .

Insyaa Allah.
Sekian, terima kasih.

SK PASIR PANJANG
MENJANA KECEMERLANGAN SECARA BERKESAN




SEKAPUR SIRIH DARI GURU BESAR
Puan Jamilah binti Muda
Assalamualaikum W.B.T…..
Alhamdulilah, syukur kita kepada Allah Subhanahuwataala dengan rahmatnya dapat kita melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab sepanjang tahun 2010. Sungguhpun prestasi pencapaian dalam UPSR menurun sedikit tetapi ianya bukanlah merupakan gambaran kegagalan keseluruhan pencapaian sekolah ini.
Sepanjang tahun 2010 sekolah kita juga telah menempa banyak kejayaan dalam bidang akademik, sahsiah murid, sukan dan kokurikulum. Kejayaan ini seharusnya diteruskan lagi bagi menempah kejayaan yang lebih terbilang. Untuk mencapai matlamat yang murni ini, peranan dan sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan semua pihak yang berkepentingan amatlah penting. Pihak sekolah mengharapkan mereka bersedia memberi sokongan padu kepada semua aktiviti dan program pendidikan yang akan dilaksanakan di sekolah ini.
Pendidikan adalah milik kita sebagai warga pelajaran. Marilah kita sama-sama memperkasakan kualiti komitmen kerja pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda “Melestarikan Pendidikan Terbilang “ serentak merealisasikan “Terengganu Negeri Anjung Ilmu” yang berkonsepkan “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Akhir kata, sama-samalah kita berusaha dan berdoa supaya anak-anak didik kita menjadi generasi berilmu seperti mana dalam misi dan visi sekolah kita. Semoga pendidikan di sekolah kita sentiasa di rahmati, diberkati, diampuni dan memperolehi kejayaan.
Sekian, Terima Kasih.
MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG
TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU
( PN. HJH. JAMILAH BT MUDA )
Guru Besar
SK Pasir Panjang
Kuala Terengganu.