01 September 2013

Awas Denggi

Pada hari Khamis 29 Ogos 2013, satu program Gotong Royong Pencegahan Wabak Denggi telah dilaksanakan membabitkan 50 orang murid tahun 5 SK Pasir Panjang bermula jam 8.30 hingga 10.40 pagi. Progam ini dimulakan dengan taklimat dari Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu yang menyatakan objektif gotong royong ini adalah untuk menghapuskan nyamuk aedes.
Murid-murid yang terlibat dibahagikan kepada 5 kumpulan dan akan bergerak untuk mencari tempat nyamuk aedes membiak di sekitar Kampung Pasir Panjang.
Kumpulan yang paling banyak dapat mengumpul barang-barang terbuang seperti tempurung kelapa, botol atau gelas pecah mengandungi air, tin-tin terbiar tempat nyamuk aedes membiak akan menerima hadiah.