19 June 2012

Kem Sahsiah Memupuk Jati Diri Cemerlang

 Cikgu Mohamad bin Ibrahim
Tuan Hj. Salleh bin Jusoh@Mamat
Program ini telah dijalankan pada 19 Jun 2012 di Dewan SK. Pasir Panjang dan murid yang terlibat ialah murid Tahun Lima.

Program ini merupakan satu pengisian bidang kokurikulum dalam memenuhi kehendak perancangan tahunan.
Objektif
1.       Memberi kesedaran kepentingan sahsiah diri dalam mengharungi hidup.
2.       Menggalakkan peserta supaya berkeyakinan tinggi
3.       Memupuk budi pekerti mulia serta beramal dalam perjalanan hidup seharian.
4.       Melahirkan modal insan berketerampilan serta dapat bersaing maju ke hadapan.

Rasional
Kem ini merupakan program yang berterusan diadakan setiap tahun untuk murid Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang bagi memenuhi keperluan jasmani, rohani dan sasiah diri selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara dan Misi Visi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Aturcara Majlis
Slot 1- Senaman Aerobic dan kecergasan
[Cikgu Rahmah Abdul Rahman]

Slot 2- Motivasi Sahsiah Diri
[Tuan Hj. Salleh bin Jusoh@Mamat]

Slot 3- Permainan Uji Minda dan Penyampian Maklumat
[Cikgu Azman bin Abdullah]

Slot 4- Perkembangan Sahsiah Memupuk Jati Diri Cemerlang
[Cikgu Mohamad bin Ibrahim]