06 April 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Warna-warna yang terdapat pada logo Hari Guru:


PUTIH
Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

PERAK
Melambangkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh.

KUNING
Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti terkandung dalam bendera Malaysia.

MERAH
Melambangkan keteguhan semangat.

BIRU
Melambangkan perpaduan dan muhibah.


Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah

“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.

OBJEKTIF HARI GURU

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan iktisas dan muhibah antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Sumber: ppdsegamat.edu.my