23 June 2011

Tokoh PIBG Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2011


Pada 23 Jun 2011, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di SMK Dato' Razali Ismail.

Dalam majlis ini, Tuan Haji Ismail bin Mohamad telah menerima Anugerah Tokoh PIBG Peringkat Daerah Kuala Terengganu.
Beliau ialah Pengerusi PIBG SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Dilahirkan pada 6 Disember 1947 yang lalu di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.Dalam usia 64 tahun kini,beliau telah menjadi seorang pesara.Meskipun telah bersara, benarlah ramai orang berkata, usia bukanlah penghalang dalam meneruskan amal bakti.

Tuan Haji Ismail bin Mohamad itulah yang dimaksudkan.Beliau yang masih setia dengan tugas dan tanggunjawab bermula sejak 1979 hinggalah kini yang mana sudah 32 tahun, beliau menjadi Pengerusi PIBG SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Dengan kesantunan budi dan karisma yang ada padanya,maka tidak hairanlah beliau sangat dihormati oleh pihak sekolah,ibu bapa dan komuniti. Selain itu,sifat mudah mesra dan buah fikiran yang bernas sentiasa disalurkan melalui pertemuan demi pertemuan dengan pihak sekolah.Baginya,anak-anak adalah merupakan aset penting kerana merekalah generasi pembina bangsa dan negara akan datang. Justeru,anak-anak ini semestinya dibantu dengan memberikan keutamaan dan keselesaan dalam proses pembelajaran.

Disebabkan beliau seorang yang senang didekati dan mudah berkira,beliau sering kali menerima pelawaan untuk mengikuti program-program anjuran sekolah dan juga aktivit-aktiviti masyarakat setempat dan JKKK. Antara aktiviti-aktiviti itu adalah seperti gema kalamullah,dikir barat,sukan,keagamaan,kesihatan,aktiviti bersama rakyat dan banyak lagi. Situasi ini benar benar membuatkan sesiapa sahaja akan senang bekerja dan berpasukan dengannya.

Sepanjang penglibatan beliau dalam PIBG SK Pasir Panjang, telah banyak sumbangan yang telah dihulurkan antaranya,menerusi usaha dan penat lelahnya maka terlaksanaya bangunan baru yang mana pada asalnya hanyalah kayu sahaja.Sering itu juga, terbinanya kantin dan surau sekolah.Selain itu,beliau tidak pernah berkira tetapi sentiasa bersedia meghulurlkan sumbangan untuk sekolah tercinta SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu di samping berikhtiar untuk mendapat bantuan daripada NGO yang lain dalam menjana kemajuan sekolah ini.

Jadi, berdasarkan budi dan jasa beliau yang tidak terkira itu, maka tidak hairanlah beliau menerima Anugerah Tokoh Pengerusi PIBG, sambutan Hari Guru Daerah Kuala Terengganu 2011.