11 May 2014

Perkhemahan Badan Beruniform Waja Diri



Pada 8 hingga 11 Mei 2014 telah berlangsung Perkhemahan Badan Beruniform Waja Diri Peringkat SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Tujuan perkhemahan ini adalah untuk memupuk jati diri para pelajar dalam mengharungi cabaran hidup. Perkhemahan ini diadakan di luar kawasan sekolah iaitu di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,Telaga Batin Kuala Terengganu.Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh Encik Zakaria bin Abdullah iaitu Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pasir Panjang Kuala Terengganu.
 Encik Zakaria bin Abdullah Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pasir Panjang Kuala Terengganu menerima cenderahati dari Encik Nik Mohd Ali Khanafiah bin Hasbu (GPK)