22 September 2012

Karnival Kokurikulum

Karnival kokurikulum di SK Pasir Panjang telah diadakan pada 22 September 2012. Pihak yang mengambil bahagian dalam karnival ini adalah Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan Pelajar Program Pendidikan Intergrasi[PPKI] SMK Bukit Besar Kuala Terengganu.

Karnival kokurikulum ini telah dirasmikan oleh Encik Maslan bin Mohamad, Penyelia Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Objektif
1.Memberi latihan serta pengalaman kepada warga sekolah.
2.Mengeratkan silaturrahim antara warga SKPP dengan masyarakat setempat.
3.Melahirkan modal insan yang berketerampilan dan budaya saing di dalam globalisasi tanpa sempadan.
4.Memberi kesedaran kepada warga SKPP betapa penting memenuhi masa dengan perkara yang berfaedah.

 Pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi[PPKI] SMK Bukit Besar Kuala Terengganu
video