15 January 2012

Kempen 3K


Syahidan Amsyar bin Bukhari

Puan Normaiza binti Kadir
Bendahari PIBG SK Pasir Panjang menerima cek
pertandingan kain rentang dan koir

Zulyza Syafiqah binti Zolkaflee

Khalifah Helmi bin Othman

Program Pendidikan Kebersihan Sekolah Rendah Kuala Terengganu anjuran Kerajaan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu peringkat Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di SK Tok Jiring, Kuala Terengganu pada 19 September 2011.

Murid dari SK Pasir Panjang yang menerima hadiah dalam pertandingan mewarna poster tahap 1 ialah Syahidan Amsyar bin Bukhari menerima cek RM100.00, mewarna poster pemulihan ialah Khalifah Helmi bin Othman menerima cek RM150.00 dan murid tahap 2 ialah Zulyza Syafiqah binti Zolkaflee dalam pidato Bahasa Melayu menerima cek RM75.00.

Manakala dalam pertandingan kain rentang Kempen 3K, Sekolah Pasir Panjang berjaya mendapat tempat ke-2 dan menerima cek RM200.00 dan dalam pertandingan Koir yang dibimbing oleh Puan Salina binti Ahmad pula telah mendapat tempat ke-3 dan menerima cek RM1,500.00.

Penyampaian cek ini di sampaikan oleh Guru Besar, Hajah Jamilah binti Muda semasa perhimpunan pada 15 Januari 2012.