02 October 2011

SK Seksyen 13, Shah Alam,Selangor

Pn.Hajah Faridah binti Ramli
[Guru Besar SK Seksyen 13, Shah Alam, Selangor]
sedang menerima cenderahati daripada Pn. Hajah Jamilah binti Muda
[Guru Besar SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu]
Program Lawatan Guru dan Murid dari SK Seksyen 13, Shah Alam, Selangor ke SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu ini adalah julung kali diadakan.Ia merupakan jalinan persahabatan di antara guru-guru, murid-murid serta warga kedua-dua buah sekolah. Semoga hubungan jalinan ini dapat memberi banyak keuntungan dan faedah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Objektif

1. Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru yang amat berguna.

2. Menimbulkan semangat kerjasama di antara kedua-dua pihak.

3. Meluaskan lagi hubungan kenalan dan persahabatan.

Rasional

Lawatan ini merupakan salah satu elemen pendidikan yang baik dan berkesan dalam mengukuhkan pengetahuan dan pengalaman murid selain daripada aktiviti rutin di sekolah. Ia dapat menjalinkan persahabatan dengan murid di sekolah lain yang mempunyai suasana persekitaran yang berbeza.

Persembahan Murid SK Pasir Panjang sempena lawatan SK Seksyen 13