26 July 2011

Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Sahsiah

Cikgu Mohd Nooh bin Jusoh
[SK Pusat Kuala Ibai, Kuala Terengganu]
"Pembentukan dan Pemantapan Sahsiah Terpuji Memupuk Generasi Cemerlang"
Cikgu Hjh. Norma binti Hamzah
[SK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu]
"Kepimpinan Unggul Membawa Kesejahteraan Hidup"

Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Sahsiah Generasi Cemerlang pada 26 Julai 2011 anjuran Badan Beruniform SK Pasir Panjang melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5. Program ini bermula dari pukul 11.00pagi hingga 4.00 petang.

Setiap manusia dilahirkan mempunyai potensi tersendiri. Ianya perlu dicungkil dan digembleng agar kebolehan dan keupayaan dapat dijanakan demi kepentingan pembangunan negara. Kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kepentingan sahsiah sebagai seorang pelajar malah berperanan memupuk potensi pelajar untuk menjadi pemimpin yang cemerlang. Justeru itu program ini dirangka agar pelajar berupaya membentuk potensi kendiri yang unggul dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani bagi mencapai Wawasan dan Misi Pendidikan Negara.

Objektif
1. Melahiran murid yang boleh memuhasabah diri,menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan agama.
2. Membentuk jatidiri dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.
3. Menimbulkan keinginan murid untuk meningkatkan diri dalam bidang akademik dan kokurikulum di sekolah.
4. Murid mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya dan ahli masyarakat amnya.