24 October 2011

Kawad Kaki Badan Beruniform

Pengakap SK Pasir Panjang telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform pada 8 Oktober 2011 di SM Teknik, Kuala Terengganu.

23 October 2011

Bulan Bahasa Kebangsaan






Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu pelbagai aktiviti mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa kebangsaan.

Matlamat Program
Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tunggak pembinaan negara bangsa.




19 October 2011

PERMAI INN, Kuala Terengganu

Pn.Jamilah binti Muda
Guru Besar SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu,
sedang meyampaikan cenderahati kepada murid tahun 6

Jamuan akhir tahun murid tahun 6 telah diadakan di Permai Inn pada 19 Oktober 2011, jam 2.30 petang. Tujuan majlis ini diadakan kerana menghargai mereka sepanjang belajar di sekolah ini.
Semoga majlis perpisahan ini akan menjadi kenangan kepada semua murid tahun 6 selepas ini walaupun dimana mereka berada selepas meninggalkan SK Pasir Panjang.

18 October 2011

AADK Daerah Kuala Terengganu


Pada hari ini 18 Oktober 2011 dua orang pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu iaitu En. Kerudin bin Idris dan En.Kamarudin bin Yusof telah datang ke SK Pasir Panjang untuk memberi penerangan mengenai masalah penyalahgunaan dadah.

15 October 2011

Telaga Batin Waja Diri 2011

Encik Shafie bin Jusoh
Penyelia Pendidikan Swasta/Khas PPDKT


Perkhemahan adalah satu proses pengembangan kepimpinan terlatih sebagai duta kecil dalam realiti kehidupan sebenar Segala-galanya dipupuk dan disemai berteraskan ilmu dan wadah nilai murni sosial budaya.

Rasional Program Perkehemahan

Memperlengkapkan aktiviti Kokurikulum dengan perkhemahan tahunan adalah sesuatu yang mutlak. Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pelajar bukan sahaja berfokuskan kepada sosial budaya malah tanggungjawabnya adalah meliputi ke arah perubahan kesedaran diri yang berterusan melalui program-program perkhemahan. Oleh itu para peserta perkhemahan perlu dilatih berhadapan dengan sebilangan besar realiti. Keyakinan mengendalikan sesuatu tugasan adalah sangat penting bagi melicinkan perjalanan peraturan sekolah dan ia benar-benar memberi hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif

1.Mengembangkan bakat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar-pelajar.

2.Menyedarkan peserta perkhemahan tentang pentingnya tugas pengawasan kepada perubahan kesedaran murid yang mendorong kepada kejayaan mereka dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

3.Meningkatkan kerjasama di kalangan pelajar dalam satu-satu organisasi.

4.Menyediakan pelapis masa depan negara yang gemilang dan terbilang.

5.Sebagai pendorong atau penyuntik semangat pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum.

Matlamat Perkhemahan

1.Memperbaiki imej diri kepada lebih positif

2.Mengajar pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan

3.Mengajar mencari dan memupuk sumber dalaman

4.Mempertingkatkan keupayaan membuat keputusan

5.Membantu perkembangan bakat yang tersembunyi sekaligus untuk dikembangkan.