15 October 2011

Telaga Batin Waja Diri 2011

Encik Shafie bin Jusoh
Penyelia Pendidikan Swasta/Khas PPDKT


Perkhemahan adalah satu proses pengembangan kepimpinan terlatih sebagai duta kecil dalam realiti kehidupan sebenar Segala-galanya dipupuk dan disemai berteraskan ilmu dan wadah nilai murni sosial budaya.

Rasional Program Perkehemahan

Memperlengkapkan aktiviti Kokurikulum dengan perkhemahan tahunan adalah sesuatu yang mutlak. Peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pelajar bukan sahaja berfokuskan kepada sosial budaya malah tanggungjawabnya adalah meliputi ke arah perubahan kesedaran diri yang berterusan melalui program-program perkhemahan. Oleh itu para peserta perkhemahan perlu dilatih berhadapan dengan sebilangan besar realiti. Keyakinan mengendalikan sesuatu tugasan adalah sangat penting bagi melicinkan perjalanan peraturan sekolah dan ia benar-benar memberi hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif

1.Mengembangkan bakat kepimpinan yang ada dalam diri pelajar-pelajar.

2.Menyedarkan peserta perkhemahan tentang pentingnya tugas pengawasan kepada perubahan kesedaran murid yang mendorong kepada kejayaan mereka dalam kurikulum dan kokurikulum di sekolah.

3.Meningkatkan kerjasama di kalangan pelajar dalam satu-satu organisasi.

4.Menyediakan pelapis masa depan negara yang gemilang dan terbilang.

5.Sebagai pendorong atau penyuntik semangat pelajar dalam aspek akademik dan kokurikulum.

Matlamat Perkhemahan

1.Memperbaiki imej diri kepada lebih positif

2.Mengajar pelajar menyesuaikan diri dengan keadaan

3.Mengajar mencari dan memupuk sumber dalaman

4.Mempertingkatkan keupayaan membuat keputusan

5.Membantu perkembangan bakat yang tersembunyi sekaligus untuk dikembangkan.