26 September 2011

Karnival Sukaneka

Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh
En. Azahar bin Abu Bakar
Timbalan PPD Kuala Terengganu

RASIONAL

Program ini bertujuan merapatkan ukhuwah antara murid dan menggalakan persaingan yang positif di kalangan murid. Selain itu, program ini juga dapat memberi kesempatan kepada pelajar mencungkil bakat-bakat masing-masing dalam acara sukaneka menjurus kepada permainan.

OBJEKTIF

Kejohanan Sukaneka ini mempunyai beberapa objektif.

2.1 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid seperti kerjasama, patuhi arahan dan undang-undang dan yakin kepada diri sendiri.

2.2 Memberi peluang kepada murid supaya dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.

2.3 Memberi ruang keseimbangan kepada murid antara pembelajaran dan permainan (Kurikulum dan Kokurikulum).

2.4 Mengembangkan bakat dan pengalaman guru-guru dalam menganjurkan kejohanan sukan.

PERLAKSANAAN

Hari : Selasa

Tarikh : 20 September 2011

Masa : 7.30 pagi -5.00 petang

Tempat : Padang SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Majlis Sambutan Hari Raya

Guru IPGDRI, Kuala Terengganu
Suasana sambutan hari raya pada 18 September 2011.

Lawatan Ke Perpustakaan Awam

A&W di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

Lawatan Ke Pusat Latihan Bomba




Pada 14 September, murid-murid Pra SK Pasir Panjang telah melawat ke Pusat Latihan Bomba di Wakaf Tapai, Kuala Terengganu

24 August 2011

Khatam al-Quran


Encik Mat Saleh bin Said
Pegawai Khas Maklumat dan ICT
PPD Kuala Terengganu

Muqaddimah

Tadarus dalam bulan Ramadhan adalah ibadat sunat yang sangat dituntut. Disebabkan hakikat inilah maka Panitia Agama Islam SKPP telah melaksanakan program tadarrus Al-Quran sepanjang bulan tiga minggu pertama bulan yang mulia ini. Bagi melengkapkan program satu lagi majlis iaitu Khatam Al-Quran diadakan bagi menghargai murid-murid yang telah menyertai tadarrus tersebut.

Objektif

1.Menggalakkan murid-murid membaca Al-Quran.

2.Memperkenalkan konsep tadarrus kepada murid-murid.

3.Mengeratkan ukhuwah antara murid- murid yang menyertai tadarrus dan khatam Al-Quran.

Rasional

Meninggikan syiar Islam dengan cara menghidupkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan.

Penutup

Adalah diharapkan program Khatam Al-Quran ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua murid yang terlibat. Murid-murid dapat menghayati tadarrus Al-Quran dan majlis khatam Al-Quran. Dengan sebab itu mereka akan menjalani hidup dengan cara Islam yang berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Semoga program ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah swt.