Muqaddimah
Tadarus dalam bulan Ramadhan adalah ibadat sunat yang sangat dituntut. Disebabkan hakikat inilah maka Panitia Agama Islam SKPP telah melaksanakan program tadarrus Al-Quran sepanjang bulan tiga minggu pertama bulan yang mulia ini. Bagi melengkapkan program satu lagi majlis iaitu Khatam Al-Quran diadakan bagi menghargai murid-murid yang telah menyertai tadarrus tersebut.
Objektif
1.Menggalakkan murid-murid membaca Al-Quran.
2.Memperkenalkan konsep tadarrus kepada murid-murid.
3.Mengeratkan ukhuwah antara murid- murid yang menyertai tadarrus dan khatam Al-Quran.
Rasional
Meninggikan syiar Islam dengan cara menghidupkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan.
Penutup
Adalah diharapkan program Khatam Al-Quran ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua murid yang terlibat. Murid-murid dapat menghayati tadarrus Al-Quran dan majlis khatam Al-Quran. Dengan sebab itu mereka akan menjalani hidup dengan cara Islam yang berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Semoga program ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah swt.