Kelas Pendidikan Khas Intergrasi Sk Pasir Panjang telah dibuka pada tahun 2014 dan bermula pada tahun 2015 akan berpindah ke bilik baru yang telah diubahsuai pada akhir tahun 2014.Kelas ini mempunyai 2 orang guru iaitu Cikgu Rubiah binti Abdullah dan Cikgu Munirah binti Mohamad dan seorang pembantu iaitu Puan Zailani binti Abdullah.Kelas PPKI mempunyai 11 orang murid.
Apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi ?
Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir
sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran
Malaysia
Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?
- Murid bermasalah penglihatan
- Murid bermasalah pendengaran
- Murid bermasalah pembelajaran
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa,
iaitu ‘kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi,
tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak
mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa’ (Chua,1982)
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang
Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi
membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan
Weishahn,1980)
Sumber: http://khasmawatilahuri.wordpress.com/ppki/