KEMBALI
meneruskan peristiwa penuh bersejarah dengan menyingkap pula perjalanan Mikraj
Rasulullah s.a.w di mana Baginda naik ke Hadratul Qudus menemui Allah s.w.t.
Pada
masa ini, didatangkan kepada Baginda sebuah Mikraj yakni tangga yang indah dari
syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke atas tangga pertama lalu terangkatlah
pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Setiap kali Baginda bertemu dengan para
nabi, perkataan pertama yang diucapkan ialah assalamualaikum. Ini menunjukkan
bahawa pentingnya dan mulianya ucapan salam yang sering kita ucapkan
sehari-hari dan kita perlu sentiasa mengamalkan budaya memberi salam sebagai
mendoakan kesejahteraan sesama kita. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Berilah makan dan sebarkanlah salam (dengan ucapan assalamualaikum ),
nescaya kalian akan mewarisi syurga." Antara peristiwa yang berlaku di
setiap tangga yang dinaiki Rasulullah ialah: Langit pertama: Rasulullah dan
Jibril masuk ke langit pertama lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian
dapat melihat orang yang makan riba dan harta anak yatim serta melihat orang
berzina dengan rupa dan kelakuan yang sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki
bergantung kepada susu penzina perempuan.
Langit kedua: Nabi Muhammad dan Jibril naik tangga langit kedua lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya a.s.
Langit
ketiga: Naik tangga langit ketiga dan bertemu Nabi Yusuf a.s.
Langit keempat: Naik tangga
langit keempat lalu bertemu Nabi Idris a.s.
Langit kelima: Naik tangga
langit kelima dan bertemu Nabi Harun a.s yang dikelilingi kaumnya Bani Israel.
Langit
keenam: Naik tangga langit keenam dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya
bertemu Nabi Musa a.s. Baginda disuruh mengangkat kepalanya lalu dapat melihat
umat Baginda sendiri yang ramai termasuk 70,000 orang masuk syurga tanpa hisab.
Langit ketujuh: Naik tangga
langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu Nabi Ibrahim a.s sedang
bersandar pada Baitul Makmur sambil dihadapi kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi
Ibrahim bersabda: "Engkau akan berjumpa Allah pada malam ini. Umatmu
adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. "Suruhlah
umatmu menanam tanaman syurga iaitu Subhanallah Walhamdulillah
Walailahaillahlah Allahuakbar dan Walahaulawalaquwataillabillahi'aliyul'adzim.
"Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok
dalam syurga." Selepas itu Baginda masuk ke dalam Baitul Makmur lalu
solat. Baitul Makmur terletak betul-betul di atas Baitullah dan adalah tempat
malaikat bertawaf.
Tangga
kelapan: Di sinilah disebut 'al-kursi' yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul Muntaha. Rasulullah menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu.
Sungai yang airnya tidak
berubah, sungai susu, sungai arak, sungai madu serta buah, daun dan dahan yang
berubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan dan semua keindahan yang tak terperi oleh manusia. Baginda
juga dapat melihat air sungai Kauthar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya
baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta penunggunya, Malik.
Tangga kesembilan: Di sini
berbetulan dengan pucuk Sidratul Muntaha. Rasulullah w masuk dalam nur dan naik
ke Mustawa dan Sharirul Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib
dalam nur 'arasy iaitu lelaki dunia yang lidahnya sering basah berzikir,
hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga kesepuluh: Baginda
sampai ke Hadratul Qudus dan Hadrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah
dengan mata kepala Baginda, lantas sujud. Di sinilah Allah memfardukan solat 50
waktu kepada Baginda. Selesai munajat, Rasulullah dibawa menemui Nabi Ibrahim
kemudian Nabi Musa.
Nabi Musa bertanya:
"Apakah yang difardukan Allah kepada kamu untuk umatmu?" Rasulullah
s.a.w menjawab: "Solat 50 kali sehari." Nabi Musa kemudian berkata:
"Kembalilah menghadap Tuhanmu dan mintalah pengurangan. Sesungguhnya umatmu
tidak akan mampu melakukan hal itu." Lalu Baginda pun berulang alik
sebanyak sembilan kali sehingga Allah berkenan mengurangkan waktu solat menjadi
lima kali
sehari semalam dengan mengekalkan nilai pahala bersamaan solat 50 kali.
Selepas Mikraj, Rasulullah
turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitulmaqdis. Kemudian dengan
menaiki Buraq, Baginda tiba di Masjidil Haram pada malam yang sama. Baginda
menceritakan perjalanan itu kepada kaum Baginda, tetapi mereka menuduh
Rasulullah berdusta kerana mana mungkin Baginda dapat sampai ke tempat-tempat
tersebut dalam masa yang singkat sedang manusia biasa memakan masa yang lama
untuk ke sana.
Hanya Saidina Abu Bakar sahaja yang membenarkan kata-kata Baginda lalu beliau
diberi gelaran As-Siddiq yang bermaksud 'yang membenarkan.' Peristiwa Israk
Mikraj memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran dan
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati dan takut
kepada kekuasaan
Artikel ini disiarkan pada :
2011/06/27
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/NabiMuhammadmenemuiAllah/Article
Sambutan Isra' dan Miraj di SK Pasir Panjang pada 25 Mei 2014