Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan
untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.” (Surah
al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid
Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya
serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya
Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang
mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh
dengan nikmat.”
TUJUAN SAMBUTAN
1. Memantapkan keyakinan terhadap
Rasulullah SAW.
2. Meningkatkan kecintaan kepada
Rasulullah SAW.
3. Baginda adalah contoh ikutan dalam
semua aspek kehidupan.
4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW
dalam:
·
Beribadah dan mentaati Allah SWT.
·
Ketinggian akhlak dan budi
pekertinya.
·
Kesungguhan dan tetap pendirian
ketika berdakwah.
·
Teguh dan tetap dalam memperjuangkan
Islam dan syariatnya.
·
Cinta dan kasih sayangnya terhadap
sahabat dan umatnya.
Allah SWT berfirman: “Demi
sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik)
hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
(dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab,
ayat 21).
AMALAN
SUNAT MAULID NABI
Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah
lebh baik kita melakukan;
1. Puasa sunat
2. Mandi sunat
3. Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4. Mengerjakan
amalan-amalan mulia.
5. Memperdengar
dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6. Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan
selawat.
7. Mengadakan sambutan Maulidur Rasul
dengan acara-acara seperti:
- Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
- Syarahan sirah Nabi
- Forum agama dan perpaduan
- Marhaban
- Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
FADILAT MAULIDUR RASUL
Banyak
kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
1.
Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan
dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan
doa dan dikira amal salih.
2.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan
majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
3.
Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam,
nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
·
Menghindarkan kekeringan dan
kemarau.
·
Menghilangkan kecelakaan, bala dan
penderitaan,
·
Menjauhkan kebencian, hasad,
kejahatan dan kecurian.
·
Memudahkan menjawab soalan-soalan
Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
·
Ditempatkan bersama orang-orang yang
benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
4.
Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam akan:
·
Allah SWT akan melimpahkan
rahmat-Nya kepada mereka.
·
Malaikat-malaikat melindungi
ahli-ahli tempat itu.
·
Malaikat-malaikat yang berpangkat
besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang
berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.
5.
Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam.
6.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi
penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama
ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
7.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam,
maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
8.
Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa
pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi
ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam.”
Sumber: Shafiqolbu