ROS HAYA BINTI AZIZ
Guru Besar SKPP
KATA ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabaratuh.
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan
kurniaNya kita masih lagi diberi peluang untuk menjalankan kehidupan
seharian di atas muka bumi Allah S.W.T dan dengan izinNya dapat kita
meneruskan tanggungjawab kita sebagai khalifahnya’.
Sebelum melangkah lebih jauh lagi , ingin saya
merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga pendidik SK
Pasir Panjang atas kerjasama untuk menjayakan dan menyempurnakan Buku Perancangan
Tahunan Dan Takwim Aktiviti Sekolah bagi sesi persekolahan 2015 kepada semua
yang terlibat dalam menyiapkan buku ini.
Saya berharap buku ini dijadikan panduan dan
rujukan warga SK Pasir Panjang dalam melaksanakan tadbir urus sekolah,
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Saya yakin semangat
sepasukan, amanah dan ikhlas menjadi tunjang bagi menjana
kecemerlangan sekolah.
Sekali lagi , saya menyeru kepada semua warga
pendidik agar melestarikan
kecemerlangan pendidikan yang telah dicapai dan terus berjuang serta
berkorban bagi mencipta pelbagai kejayaan pada tahun 2015 dan di masa depan
untuk agama, bangsa dan Negara.
Mantapkanlah permuafakatan, perpaduan, iklim
kerja pendidikan dan akur setia kepada kepimpinan pendidikan Negara.
Marilah kita mengangkat tinggi kecemerlangan akademik,
kokurikulum,pembangunan sahsiah dan
kesejahteraan diri pelajar serta kemenjadian insan untuk kita terus
menggapai kejayaan yang mampu melonjakkan nama sekolah .
Insyaa Allah.
Sekian, terima kasih.
SK PASIR
PANJANG
MENJANA
KECEMERLANGAN SECARA BERKESAN
|

SEKAPUR SIRIH DARI GURU BESAR
Puan Jamilah binti Muda
Puan Jamilah binti Muda
Assalamualaikum W.B.T…..
Alhamdulilah, syukur kita kepada Allah Subhanahuwataala dengan rahmatnya dapat kita melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab sepanjang tahun 2010. Sungguhpun prestasi pencapaian dalam UPSR menurun sedikit tetapi ianya bukanlah merupakan gambaran kegagalan keseluruhan pencapaian sekolah ini.
Sepanjang tahun 2010 sekolah kita juga telah menempa banyak kejayaan dalam bidang akademik, sahsiah murid, sukan dan kokurikulum. Kejayaan ini seharusnya diteruskan lagi bagi menempah kejayaan yang lebih terbilang. Untuk mencapai matlamat yang murni ini, peranan dan sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan semua pihak yang berkepentingan amatlah penting. Pihak sekolah mengharapkan mereka bersedia memberi sokongan padu kepada semua aktiviti dan program pendidikan yang akan dilaksanakan di sekolah ini.
Pendidikan adalah milik kita sebagai warga pelajaran. Marilah kita sama-sama memperkasakan kualiti komitmen kerja pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda “Melestarikan Pendidikan Terbilang “ serentak merealisasikan “Terengganu Negeri Anjung Ilmu” yang berkonsepkan “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Akhir kata, sama-samalah kita berusaha dan berdoa supaya anak-anak didik kita menjadi generasi berilmu seperti mana dalam misi dan visi sekolah kita. Semoga pendidikan di sekolah kita sentiasa di rahmati, diberkati, diampuni dan memperolehi kejayaan.
Sekian, Terima Kasih.
MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG
TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU
( PN. HJH. JAMILAH BT MUDA )
Guru Besar
SK Pasir Panjang
Kuala Terengganu.