21 March 2012

Program TID


Program mengenal pasti bakat sukan telah dijalankan pada 21 Mac 2012 jam 8.00 pagi di SK Pasir Panjang.Program ini telah dipantau oleh Encik Shukri bin Mohammed [Pemantau TID] dari SMK Sultan Ahmad Kuala Terengganu.



20 March 2012

Menulis Cerpen

Garis panduan cara-cara menulis cerpen telah disampaikan oleh Azman bin Abdullah di Dewan SK Pasir Panjang pada 20 Mac 2012 pada jam 2.00 petang.


Cerpen juga dapat dikembangkan menjadi sebuah cerita panjang yang dibukukan atau dikenali sebagai novel.

Bagaimanakah cara membuat cerpen yang baik dan menarik, berikut tipsnya:

1. Cerpen yang baik harus dapat menarik perhatian pembaca sejak perenggan pertama, jika pada awal membaca, pembaca sudah tidak tertarik atau jemu dengan isi cerita, sudah pastikan pembaca akan berhenti sebelum menyelesaikan membaca keseluruhan cerita.

2. Dialog percakapan antara beberapa watak di dalam cerpen akan membuat jalan cerita lebih menarik untuk dibaca.

3. Seorang penulis yang baik tidak hanya sekadar dapat menulis secara baik, tetapi juga harus dapat menempatkan diri sebagai pembaca, sehingga dapat memahami reaksi pembaca terhadap hasil karya menulisannya.

08 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-24

Guru Besar,Pengerusi PIBG dan Encik Jusman bin Ibrahim
Ketua Penolong Setiausaha Khidmat Pengurusan MAIDAM

05 March 2012

Naib Johan Perbarisan MSSDKTS



Kejohanan Balapan dan Padang MSSDKTS kali ke- 43 di SMK Sultan Sulaiman telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Encik Hashim bin Mohd Zin.
Dalam pertandingan perbarisan kategori sekolah rendah, SK Pasir Panjang telah berjaya mendapat tempat yang kedua.

Explorer Hapus Denggi 2012

Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan juga kakitangan dari Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu telah datang ke SK Pasir Panjang sempena "Explorer Hapus Denggi".
Mereka telah bergotong-royong di kawasan sekitar sekolah dan murid yang terlibat ialah murid dari tahun lima.

.
Encik Omar bin Deraman
Encik Fairul Azhar bin Abdullah

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.


Sumber:
FORUM PARAMEDIK