11 October 2011

PRIMULA BEACH HOTEL

Rasional
Pengawas SK Pasir Panjang telah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggung-jawab sepanjang tahun 2011. Jamuan akhir tahun ini merupakan antara program penutup tahun ini.

Objektif

1. Menghargai jasa pengawas sekolah yang berjasa dan memberi sumbangan tenaga kepada sekolah.

2. Meningkatkan motivasi dan semangat untuk meneruskan sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.

3. Mengeratkan hubungan antara guru dan pengawas.

4. Menyerap tekanan dan merehatkan minda.

Pn. Jamilah binti Muda
[Guru Besar]
Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah
11 Oktober 2011
di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu

02 October 2011

SK Seksyen 13, Shah Alam,Selangor

Pn.Hajah Faridah binti Ramli
[Guru Besar SK Seksyen 13, Shah Alam, Selangor]
sedang menerima cenderahati daripada Pn. Hajah Jamilah binti Muda
[Guru Besar SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu]
Program Lawatan Guru dan Murid dari SK Seksyen 13, Shah Alam, Selangor ke SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu ini adalah julung kali diadakan.Ia merupakan jalinan persahabatan di antara guru-guru, murid-murid serta warga kedua-dua buah sekolah. Semoga hubungan jalinan ini dapat memberi banyak keuntungan dan faedah dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Objektif

1. Mendapat pengetahuan dan pengalaman baru yang amat berguna.

2. Menimbulkan semangat kerjasama di antara kedua-dua pihak.

3. Meluaskan lagi hubungan kenalan dan persahabatan.

Rasional

Lawatan ini merupakan salah satu elemen pendidikan yang baik dan berkesan dalam mengukuhkan pengetahuan dan pengalaman murid selain daripada aktiviti rutin di sekolah. Ia dapat menjalinkan persahabatan dengan murid di sekolah lain yang mempunyai suasana persekitaran yang berbeza.

Persembahan Murid SK Pasir Panjang sempena lawatan SK Seksyen 13

26 September 2011

Karnival Sukaneka

Dato' Wan Hisham bin Wan Salleh
En. Azahar bin Abu Bakar
Timbalan PPD Kuala Terengganu

RASIONAL

Program ini bertujuan merapatkan ukhuwah antara murid dan menggalakan persaingan yang positif di kalangan murid. Selain itu, program ini juga dapat memberi kesempatan kepada pelajar mencungkil bakat-bakat masing-masing dalam acara sukaneka menjurus kepada permainan.

OBJEKTIF

Kejohanan Sukaneka ini mempunyai beberapa objektif.

2.1 Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid seperti kerjasama, patuhi arahan dan undang-undang dan yakin kepada diri sendiri.

2.2 Memberi peluang kepada murid supaya dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.

2.3 Memberi ruang keseimbangan kepada murid antara pembelajaran dan permainan (Kurikulum dan Kokurikulum).

2.4 Mengembangkan bakat dan pengalaman guru-guru dalam menganjurkan kejohanan sukan.

PERLAKSANAAN

Hari : Selasa

Tarikh : 20 September 2011

Masa : 7.30 pagi -5.00 petang

Tempat : Padang SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu

Majlis Sambutan Hari Raya

Guru IPGDRI, Kuala Terengganu
Suasana sambutan hari raya pada 18 September 2011.

Lawatan Ke Perpustakaan Awam

A&W di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu