23 April 2011
Lencana Sekolah
1939 : Tahun sekolah ditubuhkan.
Kuning : Ketatasusilaan guru-guru dan murid-murid serta mentaati peraturan-peraturan sekolah.
16 April 2011
Kursus LADAP Kali Kedua
Rasional Program Perasa
Guru perlu lebih bersedia dalam usaha membantu pelajar untuk berdepan dengan situasi sebenar dalam kehidupan bermasyarakat dengan permulaan alam persekolahan.
Jika segalanya telah dikuasai oleh setiap guru,mereka tetap juga memerlukan dorongan dan motivasi untuk menyerap tekanan dalam diri serta tekanan dari persekitaran.
Objektif Program Perasa ialah:
# Memantapkan "Team Bulding"dalam mencerna kecemerlangan warga SKPP.
# Meningkatkan keyakinan mengenal potensi diri serta semangat untuk memberi tumpuan penuh pada tugas yang diamanahkan.
# Wujud kerjasama erat diantara guru dan seluruh kakitangan sekolah.
# Membangkitkan perasaan saling memerlukan serta menghormati diantara satu sama lain.
# Sebagai pendorong atau penyuntik semangat untuk terus mewujudkan satu pasukan yang mantap untuk mencapai kecemerlangan.
12 April 2011
Teknik Menjawab Soalan UPSR


Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 bagi murid tahun 6 sesi 2011 telah diadakan di Dewan SKPPKT. Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan UPSR yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR kelak.Teknik menjawab soalan UPSR bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang dan telah diadakan pada:
12 April 2011-Matematik oleh Cikgu Che Azmai bin Talib.
19 April 2011-Sains oleh Cikgu Zam Zam bin Mohd@Yusuf dari SK Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
26 April 2011-Bahasa Melayu oleh Cikgu Zukri bin Nasir dari SK Simpang Rawai, Marang.
08 April 2011
Perkhemahan Pengakap di Kem Telaga Batin

Telaga Batin: Seramai 20 orang ahli Pengakap SK Pasir Panjang telah menyertai Perkhemahan Pengakap Kuala Terengganu yang diadakan di Kem Telaga Batin bermula hari Khamis 7 April hingga Sabtu 9 April 2011.
Semua sekolah di sekitar Kuala Terengganu menghantar wakil menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pengakap Kuala Terengganu ini. Mereka ini diuji untuk mendapatkan Lencana Keris Emas dan Keris Gangsa.
04 April 2011
Bola Sepak MSSDKTS 2011

Isnin, 28 Mac 2011- Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS bawah 12 tahun peringkat kumpulan disertai oleh SK Bukit Bayas, SK Gong Kapas, SK Gong Tok Nasek, SK Tengku Bariah dan SK Pasir Pasir Panjang. Pertandingan ini berlansung di SK Bukit Bayas.
Jurulatih bola sepak SK Pasir Panjang ialah Cikgu Azman bin Abdullah dan pengurusnya ialah Cikgu Hashim bin Mohammad Salleh.
Keputusan pertandingan ialah:
1. SK Gong Kapas
2. SK Pasir Panjang
3. SK Bukit Bayas
4. SK Tengku Bariah
5. SK Gong Tok Nasek








