16 February 2014
13 February 2014
Kepimpinan Pengawas Sekolah Dan Pusat Sumber 2014
Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber adalah kumpulan pelajar yang berpotensi besar untuk menjana kecemerlangan diri baik dari segi akademik atau sahsiah diri. Walau bagaimanapun, didapati kumpulan pengawas yang ada di sekolah masih kurang menonjol dari segi kepimpinan dan konsep kendiri yang mantap dibelenggu perasaan malu dan tidak yakin untuk melaksanakan tugas dengan penuh iltizam dan dedikasi. Keadaan ini menyebabkan karisma mereka sebagai sebagai pemimpin kecil tidak menyerlah sekaligus ia menjadi faktor penghalang untuk mereka memberi khidmat terbaik kepada sekolah. Diharap dengan adanya seminar seperti ini akan mendedahkan mereka kepada ciri-ciri kepimpinan yang baik serta masing-masing dapat mengenal dan mengeksploitasi potensi diri ke tahap yang maksima.
Objektif
Melahirkan pengawas yang memiliki ketrampilan diri sebagai pemimpin pelajar.
Mumupuk sifat berani dan yakin diri dalam melaksanakan amanah yang diber.
Menerap nilai bekerjasama dan semangat berpasukan.
Melahiran pengawas yang cerdas mental dan cergas fizikal.
Majlis ini telah diadakan pada 13 Februari 2014 di dewan sekolah dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia Terengganu.
12 February 2014
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
Encik Zakaria bin
Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke SK
Pasir Panjang pada 12 Februari 2014.
Biodata Ringkas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang baru.
En. Zakaria bin Hussin telah dilahirkan pada 25 April 1955 di Kampung Dusun Nyior, Chukai Kemaman, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Chukai, Kemaman dan meneruskan pendidikan menengah di SMK Khir Johari, Sungai Petani sebelum ke universiti. Setelah menamatkan pengajian dengan memperolehi Sarjana Muda Sains 1979 dan seterusnya Diploma Pendidikan (Matematik) dari UKM pada tahun 1980 beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru siswazah di SMK Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Biodata Ringkas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang baru.
En. Zakaria bin Hussin telah dilahirkan pada 25 April 1955 di Kampung Dusun Nyior, Chukai Kemaman, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan rendah di SK Chukai, Kemaman dan meneruskan pendidikan menengah di SMK Khir Johari, Sungai Petani sebelum ke universiti. Setelah menamatkan pengajian dengan memperolehi Sarjana Muda Sains 1979 dan seterusnya Diploma Pendidikan (Matematik) dari UKM pada tahun 1980 beliau memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru siswazah di SMK Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Beliau kemudiannya diberi
kepercayaan menjawat jawatan Guru Penolong Kanan 1 pada 1 Ogos 1990 hingga 31
November 1995 di sekolah yang sama sebelum bertukar ke SMK Chukai, Kemaman.
Sebelum dilantik sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Kemaman (Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan) pada 2 Januari 1999 beliau pernah menjadi Ketua Bidang
Sains dan Matematik serta Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di SMK Ayer
Puteh, Kemaman.
Pada 16 Ogos 2003, beliau telah
dilantik sebagai Pengetua SM Teknik Kemaman dan pada 1 Julai 2007 telah
dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Sepanjang perkhidmatan
beliau sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman banyak kejayaan dicipta
antaranya peningkatan keputusan peperiksaan awam serta pernah meraih keputusan
daerah terbaik negeri dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM selain kejayaan dalam
bidang sukan dan kokurikulum.
Kerjaya beliau yang cemerlang telah
menyakinkan Kementerian Pelajaran Malaysia melantik beliau sebagai Pengarah
IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut pada 8 Julai 2011 dan pada 12 Mac 2012 secara
rasmi beliau diberi kepercayaan memimpin Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang ke 43.
Selain mengikuti berpuluh
kursus-kursus professional beliau juga seorang yang aktif dalam beberapa
pertubuhan sukan dan kemasyarakatan. Anataranya pernah menjadi Pengerusi Majlis
Pengakap Daerah Kemaman, AJK Persatuan Bulan Sabit Daerah Kemaman dan pernah
menjadi AJK Lembaga Amanah Ketengah dan berbagai lagi. Beliau meminati sukan
boling dan gemar berjoging.
Di atas jasa-jasa dan sumbangan
cemerlang beliau pada tahun 2002 beliau dianugerahi dengan Pingat Jasa
Kebaktian dan menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (1995,2003,2010).
Kita amat yakin dengan pegalaman
beliau yang luas dan kemahiran beliau yang tinggi, pendidikan Terengganu akan
terus gemilang dan terbilang. Tahniah tuan. Warga pendidikan Terengganu
sentiasa bersama-sama tuan.
Sumber: unitrendahspsjpnt.blogspot.com
Gambar Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu di SK Pasir Panjang, Kuala Terengganu pada 12 Februari 2014
Program Temu Murni Ibu Bapa
Program Temu Murni Ibu Bapa telah diadakan pada 12 Februari
2014. Majlis tersebut dihadiri oleh penjaga dan ibu bapa murid Tahun 6.
Tujuannya ialah untuk berkongsi maklumat dan pandangan bagi memantapkan lagi
pencapaian murid-murid Tahun 6.Disamping itu, ibu bapa murid-murid tahun 6 menerima laporan keputusan ujian TOV yang telah diadakan pada 27 hingga 29 Januari 2014.
04 February 2014
Majlis Persaraan dan Pertukaran Guru
Majlis meraikan persaraan dan pertukaran guru SK Pasir Panjang telah diadakan pada 3 Februari 2014 di Primula Beach Hotel.
Subscribe to:
Posts (Atom)













