16 June 2012

 
Tempoh Permohonan bermula pada 04 Jun 2012 (Isnin) hingga 30 Jun 2012 (Sabtu)

PROGRAM AMBILAN SEPTEMBER 2012 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH (PPPBS) DARI LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) YANG BERUMUR bawah 50 tahun pada 31 Disember 2012 (lahir pada 1963 dan ke atas), opsyen bersara wajib bagi yang berumur 46 tahun ialah 58 dan 60 dan bagi yang berumur 47,48 dan 49 ialah 60.

14 June 2012

Program Temu Murni dan Motivasi

 Encik Muhamad bin Ngah
 Dr. Hj. Wan Rozed bin Wan Salleh
Program Temu Murni dan Motivasi telah diadakan pada 13 dan 14 Jun 2012. Majlis  tersebut dihadiri oleh penjaga dan ibu bapa murid Tahun 6. Tujuannya ialah untuk berkongsi maklumat dan pandangan bagi memantapkan lagi pencapaian murid-murid Tahun 6.
Disamping itu juga pihak sekolah telah menjemput dua orang penceramah untuk memberi motivasi kepada murid Tahun 6. Beliau ialah Encik Muhamad bin Ngah dan Dr. Hj. Wan Rozed bin Wan Salleh.

13 June 2012

Pertandingan Hari Puteri 2012

 Pertandingan Hari Puteri Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Kuala Terengganu

Tarikh  : 12 Jun 2012
Tempat:  Dewan Seri Budi Kuala Terengganu

Acara yang dipertandingkan ialah:
1.       Jahitan Manik
Guru pembimbing ialah Ustazah Wahida dan Ustazah Nurul Huda Zaini
dan peserta Nur Solehah Awang dan Eiey Veniza Zakaria

2.       Kolej
Guru pembimbing ialah Ustazah Sulaini dan Cikgu Samsu Gani
dan peserta Aida Mardhiah Arifah Rostam dan Nur Mawaddah

3.       Gubahan Bahan Terbuang
Guru pembimbing Ustazah Norma dan Cikgu Rohani
dan peserta Nur Auni Aqilah dan Siti Nur Nadhirah

4.       Membuat Sandwich
Guru pembimbing Cikgu Maimunah dan Ustazah Tg.Lailawati
dan peserta Noor Dasirah dan Amalina Rashida
  
      Jurulatih Jemputan  ialah Cikgu Rokiah Musa

Dalam pertandingan ini, SK Pasir Panjang berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan kolej dan tempat ketiga dalam pertandingan gubahan bahan terbuang.

19 May 2012


1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
http://www.moe.gov.my/naikpangkat/

Sumber: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM

16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012


Suasana majlis sambutan hari guru pada 16 Mei 2012
di SK Pasir Panjang Kuala Terengganu