23 April 2011

Lencana Sekolah

Nama Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang , Kuala Terengganu

1939 : Tahun sekolah ditubuhkan.
Belajar dan Berbakti : Motto sekolah.
Buku dan Obor : Sekolah adalah tempat murid-murid menerima pelajaran dan pembelajaran dan akan berbakti kepada masyarakat.

Biru : Perpaduan diantara guru,murid dan masyarakat serta menunjukkan hubungan yang baik dalam pentadbiran sekolah.

Kuning : Ketatasusilaan guru-guru dan murid-murid serta mentaati peraturan-peraturan sekolah.
Merah : Kekuatan dan kesungguhan guru dan murid mengikuti kurikulum dan gerakkerja ko-kurikulum.

16 April 2011

Kursus LADAP Kali Kedua

Tuan Haji Shuahami bin Endut Kaunselor Pentadbir dari Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah datang ke Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang pada 16 April 2011.

Beliau dibantu oleh Encik Rashid bin Taib [KOD PPD Hulu Terengganu]. Encik Muhammad bin Mat Ali [KOD PPD Besut] dan Encik Asmadi bin A. Gawi [KOD PPD Dungun] Mereka dijemput kerana menyampaikan Kursus Dalaman Kali Kedua iaitu Motivasi PERASA. Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir 2.30 petang.

Rasional Program Perasa

Peranan guru dan pelajar semestinya memiliki kesinambungan dalam memastikan pencapaian sesebuah sekolah.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran lebih utuh apabila pelajar memahami dan mengenali potensi diri masing-masing.Ianya sudah pasti akan menghasilkan konsep pembelajaran pelajar yang lebih produktif dan lebih efisyen.

Guru perlu lebih bersedia dalam usaha membantu pelajar untuk berdepan dengan situasi sebenar dalam kehidupan bermasyarakat dengan permulaan alam persekolahan.

Jika segalanya telah dikuasai oleh setiap guru,mereka tetap juga memerlukan dorongan dan motivasi untuk menyerap tekanan dalam diri serta tekanan dari persekitaran.

Objektif Program Perasa ialah:
# Memantapkan "Team Bulding"dalam mencerna kecemerlangan warga SKPP.
# Meningkatkan keyakinan mengenal potensi diri serta semangat untuk memberi tumpuan penuh pada tugas yang diamanahkan.
# Wujud kerjasama erat diantara guru dan seluruh kakitangan sekolah.
# Membangkitkan perasaan saling memerlukan serta menghormati diantara satu sama lain.
# Sebagai pendorong atau penyuntik semangat untuk terus mewujudkan satu pasukan yang mantap untuk mencapai kecemerlangan.








12 April 2011

Teknik Menjawab Soalan UPSR


Cikgu Siti Kamariah binti Hj.Mahat

Cikgu Zukri bin Nasir
Cikgu Zam Zam bin Mohd @ Yusuf
Cikgu Che Azmai bin Talib

Program Motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR 2011 bagi murid tahun 6 sesi 2011 telah diadakan di Dewan SKPPKT. Program bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab soalan UPSR yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

Teknik menjawab soalan UPSR bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang dan telah diadakan pada:
12 April 2011-Matematik oleh Cikgu Che Azmai bin Talib.
19 April 2011-Sains oleh Cikgu Zam Zam bin Mohd@Yusuf dari SK Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.
26 April 2011-Bahasa Melayu oleh Cikgu Zukri bin Nasir dari SK Simpang Rawai, Marang.
3 Mei 2011-Bahasa Inggeris oleh Cikgu Siti Kamariah binti Hj.Mahat dari SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

08 April 2011

Perkhemahan Pengakap di Kem Telaga Batin



Telaga Batin: Seramai 20 orang ahli Pengakap SK Pasir Panjang telah menyertai Perkhemahan Pengakap Kuala Terengganu yang diadakan di Kem Telaga Batin bermula hari Khamis 7 April hingga Sabtu 9 April 2011.

Semua sekolah di sekitar Kuala Terengganu menghantar wakil menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pengakap Kuala Terengganu ini. Mereka ini diuji untuk mendapatkan Lencana Keris Emas dan Keris Gangsa.

04 April 2011

Bola Sepak MSSDKTS 2011


Isnin, 28 Mac 2011- Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS bawah 12 tahun peringkat kumpulan disertai oleh SK Bukit Bayas, SK Gong Kapas, SK Gong Tok Nasek, SK Tengku Bariah dan SK Pasir Pasir Panjang. Pertandingan ini berlansung di SK Bukit Bayas.

Jurulatih bola sepak SK Pasir Panjang ialah Cikgu Azman bin Abdullah dan pengurusnya ialah Cikgu Hashim bin Mohammad Salleh.

Keputusan pertandingan ialah:
1. SK Gong Kapas
2. SK Pasir Panjang
3. SK Bukit Bayas
4. SK Tengku Bariah
5. SK Gong Tok Nasek