24 October 2014

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 Hijrah



Maal bermaksud "bersama".
Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".
HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.
 
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 Hijrah.
Tarikh: 23 Oktober 2014(Khamis)
Tempat: Dewan SK Pasir Panjang
7.40 pagi  Semua murid dan guru berkumpul 
Bacaan ayat suci al-Quran oleh Adik Ahmad Farhan bin Ahmad Pazri
Ucapan Guru Besar
Ceramah Maal Hijrah Oleh Ustaz Md Aziz bin Hasan
Penyampaian Hadiah
Majlis Bersurai

13 October 2014

Puan Ros Haya binti Aziz

Selamat datang kepada Puan Ros Haya bt Aziz, Guru Besar SK Pasir Panjang yang baru menggantikan Tuan Haji Muslan bin Muslim. Semoga berjaya membawa lebih kecemerlangan kepada warga sekolah.

01 October 2014

Kursus i-THINK

Program  i-THINK telah dilancarkan oleh Y.A.B  Perdana Menteri pada 13 Mac 2012. Program ini adalah untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir melalui proses pengajaran dan pembelajaran ke arah menghasilkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

 a.   Rintis pertama 2012 sebanyak 10 buah sekolah.
 b.   Rintis kedua 2013 sebanyak 35 buah sekolah.
 c.   Pelaksanaan Kursus Kemahiran Berfikir Asas Tinggi(KBAT) Dalam Talian (KKDT) pada  
             April 2014 melibatkan 49 buah sekolah.
 d.   Pelaksanaan KiDT untuk guru di seluruh Negeri Terengganu bermula 25 September  
       hingga 25 Disember 2014.

2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) mensasarkan 30% instrument adalah  
     KBAT. Oleh itu, guru mesti tahu cara untk mengaplikasikan program i-THINK bagi 
     menyediakan murid yang berfikiran KBAT.

Projek Susu Sekolah