20 April 2013

Kem Menjawab Soalan

Cikgu Salwa bt. Zaharin
 Cikgu YM Tun Azlina bt. Lokman@Wan Lokman
Kem menjawab soalan di Wisma Peladang telah diadakan pada 20 April 2013.untuk murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.

11 April 2013

Smart English

SK Pasir Panjang telah menyertai pertandingan "Smart English" yang telah diadakan di SK Sultan Sulaiman 1, pada 9 April 2013.
Peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan "Smart English"

07 April 2013

Bola Sepak MSSDKTS

SK Pasir Panjang telah bertemu dengan SK Tok Dir dalam perlawanan bola sepak pada pusingan kedua di SK Pusat Chabang Tiga pada 7 April 2013 dan SK Tok Dir telah berjaya mengalahkan SK Pasir Panjang dengan keputusan 3 – 2.
  Bergambar SK Pasir Panjang dengan  SK Tok Dir

06 April 2013

Pusat Ko-Daerah Kuala Terengganu

Setelah berkhemah selama tiga hari di Pusat Ko-Daerah Kuala Terengganu, SK Pasir Panjang telah membuktikan kejayaan dalam melaksanakan aktiviti Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform dengan jayanya.

         Seramai 120 orang murid SK Pasir Panjang yang menyertai perkhemahan ini. Pasukan Perkhemahan terbahagi kepada beberapa pasukan iaitu Pengakap,Tunas Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah,Puteri Tunas dan Puteri Islam.

          Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah qiamullail, slot motivasi, pertandingan memasak dan ekspedisi mendaki Bukit Jong..

04 April 2013

Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS

Rabu, 3 April 2013 - Pertandingan Bola Sepak MSSDKTS bawah 12 tahun peringkat kumpulan telah diadakan di  SK Gong Tok Nasek.  
Jurulatih bola sepak SK Pasir Panjang ialah Cikgu Hashim bin Mohammad Salleh.
Dalam perlawanan SK Pasir Panjang dengan SK Gong Tok Nasek  keputusan  [ 0 - 0 ], perlawanan kedua pula SK Pasir Panjang berjaya mengalahkan SK Tengku Bariah [ 4 - 0 ] dan pertemuan  di antara SK Pasir Panjang dengan SK Gong Kapas  keputusannya [ 1 - 0 ]